Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik Penolong Pegawai Penerangan? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan

Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan penolong pegawai penerangan sepenuhnya bergantung kepada skop kerja penolong pegawai penerangan itu sendiri. 

Antaranya skop tugas penolong pegawai penerangan ialah:

Skop tugas 1: Melaksanakan program dan aktiviti di peringkat negeri dan daerah melalui komunikasi bersemuka, perhubungan awam dan komunikasi visual.

1. Kebolehan Berkomunikasi

Skop tugas ini memerlukan seseorang yang mampu berinteraksi dengan berkesan dalam komunikasi bersemuka dan perhubungan awam. Calon perlu ada kebolehan menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan.

Skop tugas 2: Menyediakan laporan kaji selidik aktiviti di peringkat negeri dan daerah.

2. Menyelesaikan Masalah

Dalam kaji selidik, data yang dikumpul selalunya kompleks dan memerlukan analisis yang teliti. Keupayaan untuk menyelesaikan masalah membolehkan individu mengatasi cabaran ini dengan cekap.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang penolong pegawai penerangan itu perlu ada kebolehan komunikasi dan juga boleh menyelesaikan masalah dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik penolong pegawai penerangan ini.

“Jadi ujian ni nak uji kebolehan berkomunikasi dan penyelesaian masalah je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan penolong pegawai penerangan, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan

Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.

Soalan 1: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 3: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 5: Tidak mengapa mengambil rehat pada waktu lain daripada yang ditetapkan jika telah memulakan pekerjaan dengan lebih awal.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 10: Seseorang pekerja harus dipecat jika majikan mengetahui pekerja itu berbohong.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 11: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 12: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 13: Saya mampu memulakan perubahan dalam kumpulan atau individu untuk menggalakan produktiviti atau prestasi.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 14: Saya tahu bagaimana cara seseorang yang tidak amanah mengambil barang-barang orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 16: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 18: Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan 20: Dalam mesyuarat, walaupun saya tidak setuju dengan sesuatu cadangan, saya memilih untuk diam sahaja kerana tidak mahu menimbulkan konflik.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Kuiz Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?

Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Tips Lulus Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan

1. Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 9 dan soalan 15 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. 

Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? 

Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

2. Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 9 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 9 dan 15 ini.

Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. 

Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Kecenderungan perwatakan sangat gemar bersosial.

Soalan 2 = sokong.
Soalan 9 = sokong.
Soalan 15 = bangkang.

Kecenderungan perwatakan tidak gemar bersosial.

Soalan 2 = bangkang.
Soalan 9 = bangkang.
Soalan 15 = sokong.

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.

Jika anda mampu tonjolkan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 9 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Apa Cuba Dicungkil?

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. 

Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.

kategori sikap manusia spier pdrm

“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.

Pertanyaan yang lebih sesuai ialah “Perwatakan mana paling berkelayakan untuk melaksanakan skop tugas bagi jawatan kali ini?”.

Nak tahu jawapan itu, anda perlu tahu apakah tugas yang bakal dilaksanakan sekiranya seseorang calon itu dilantik.

Dan perwatakan manakah yang paling optimum untuk memastikan skop tugas bakal dipertanggungjawabkan nanti dapat dilaksanakan dengan baik.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik penolong pegawai penerangan ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan. 

Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.

Untuk ujian psikometrik penolong pegawai penerangan bertarikh 11 Januari ini, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.

Klik butang di bawah untuk download.

Bonus Untuk Anda

Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu.

Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

  • 7 Set Soalan Psikometrik (Updated 2023)
  • 9 Set Kuiz Psikometrik
  • Rahsia Konsisten + Case Study
  • Bahan Study Dalam Telegram
  • Punca Calon Gagal Ujian Psikometrik
  • Koleksi Soalan Psikometrik Berkaitan Minat.
  • Private Group Perbincangan Psikometrik.

Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya diterangkan dalam tiga muka surat sahaja.

Dalam ebook bonus, saya sediakan kes study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.

Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.

Sila klik butang di bawah ini untuk claim bonus-bonus ini.

Penutup.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik penolong pegawai penerangan, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga penolong pegawai penerangan kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.