Soalan 1: Saya tidak merasa apa-apa walaupun membaca berita yang memburuk-burukkan nama negara.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Saya yakin mesti ramai kan akan memilih jawapan TIDAK PERNAH. Kerana jawapan itu sajalah yang bersifat super positif. Tapi, adakah pihak SPA saja-saja nak tanya soalan mudah seperti ini kalau tak ada perangkap yang menanti. Agak fishy dekat situ.
Kalau saya nilai soalan ini daripada sudut positif, memang tidak wajar sebenarnya jika seseorang itu tak merasa apa-apa kalau baca berita memburukkan nama negara. Melainkan individu itu bukan warganegara, yang tu mungkin terjadi.
Kalau kita tengok dekat rukun negara pun, kesetiaan kepada raja dan negara itu pun dah berada dalam kedudukan yang kedua. Maksudnya dekat situ, pentingnya seseorang warganegara menjaga nama baik negara dia sendiri.
Tapi anda perlu ingat, ini soalan psikometrik. Tujuan soalan ditanyakan kepada anda hanyalah nak mencungkil sikap sebenar yang ada dalam diri anda. Ramai orang boleh memilih jawapan TIDAK PERNAH, tapi tak ramai boleh kekalkan pendirian tu untuk soalan-soalan yang lain. Contohnya soalan di bawah ini…
[bersambung di bawah…]
Dapat Panggilan Ujian Psikometrik?
Jom download ebook psikometrik khas ini dalam memastikan anda boleh lulus ujian itu nanti. Klik butang di bawah untuk download.
[…sambungan]
Mungkin anda rasa nilai yang cuba dicungkil dalam soalan 1 tu sikap cinta akan negara. Dekat sini, soalan nombor 2 berfungsi sebagai alat untuk mengesahkan jawapan nombor 1. Adakah pendirian anda pada soalan 1 masih sama dengan pendirian pada soalan 2.
Soalan 2: Saya mendengar nasihat pakar tetapi akan mengikut keputusan asal saya sendiri.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Sikap yang sama dalam soalan 1 cuba ditanya kembali dalam soalan 2. Nampak kedua-dua soalan ini tak berkait antara satu sama lain kan? Tapi percayalah, dalam kedua-dua soalan ini mempunyai penilaian sikap yang sama.
Tujuan soalan-soalan ini ditanyakan kepada calon psikometrik adalah nak mencungkil dua sikap yang ada dalam diri mereka. Sama ada berada dalam golongan A ataupun berada dalam golongan B. Jika pendirian anda tak sama, itu bermaksud adanya kecelaruan identiti dalam diri anda. Kecelaruan identiti ini cukup memberi signal kepada pihak SPA bahawa adanya unsur penipuan ketikan menjawab ujian.
Anda boleh akses huraian jawapan kepada dua soalan ini. Jangan biarkan kesilapan calon ujian lepas terjadi kepada anda. Klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan.
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392