Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya suka mengenali orang-orang penting kerana ia membuat saya penting juga.

A. Ya
B. Tidak

Saya terima banyak respon untuk soalan ni. Ada memilih untuk setuju, ada yang memilih untuk membangkang. Ada bagi alasan suka mengenali orang-orang penting seumpama mahu mengesan adakah seseorang individu itu dalam kategori pengampu. Kerja tidak tapi kuat mengampu boss.

Tapi betul ke soalan ini nak cungkil sikap suka mengampu? 

Ada juga bagi alasan, soalan ini nak tahu seseorang itu suka berkawan dengan orang tertentu je. Suka berkawan dengan orang-orang penting je. Orang-orang tak penting ni tak nak kawan. Nampak sangat berkawan sebab ada kepentingan peribadi. Tak ada unsur keikhlasan dalam berkawan.

Semua nampak macam betul kan? Macam logik je semua alasan tu. 

Bagaimana Nak Konsisten?

Faktor utama kegagalan dalam ujian psikometrik ialah jawapan tak konsisten. Ada tak cara mudah nak konsisten? Sila klik butang di bawah untuk membaca. 

[…sambungan]

Cuba anda tengok soalan 2 ni pula. Sikap yang sama dalam soalan 1 cuba dicungkil kembali dalam soalan 2. Pihak SPA nak tengok sejauh mana tahap konsisten anda adakah pendirian dalam soalan 1 sama dengan pendirian dalam soalan 2.

Soalan 2: Saya suka melakukan aktiviti yang banyak menimbulkan kegembiraan.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Yang saya tahu, orang yang suka gembira ni orang yang tak suka serius dalam tugasan dia. Happy go lucky je hidup dia. Kalau orang tak suka gembira pula mesti terbalik kepada orang yang suka gembira kan? Jadi, orang tu sentiasa serius ke dalam hidup dia? Hidup manusia ni kena seimbang, ada masa boleh gembira, ada masa kena serius.

Soalan 3: Saya akan memikirkan secara mendalam sesuatu perkara sehinggakan saya terlewat untuk bertindak.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 3 pun sama jugak. Sikap dalam soalan 1 dan soalan 2 ditanya kembali dalam soalan 3. Tujuannya ialah untuk mengukur sejauh mana kebenaran jawapan 1 dan jawapan 2 yang anda pilih nanti.

Jadi, apa la agaknya perkaitan antara soalan 1 tu dengan soalan 2 dan soalan 3? Anda dapat kesan tak sikap apa yang cuba dicungkil tu? Jom baca huraian jawapan lengkap dengan klik butang di bawah ini.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392