Soalan 1: Saya sedia menerima ganjaran kecil walaupun beban kerja berat.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Suka menerima upah sikit walaupun dah tahu banyak kerja kena buat, adakah itu sikap positif? Nampak macam positif kan sebab seolah-olah nak menunjukkan diri tu seorang yang rajin kan. Tapi bukankah tindakan itu kan menyebabkan seseorang itu tidak bersemangat dalam melakukan tugasan?
Saya bagi contoh mudah. Motivasi seseorang itu terus bekerja ialah disebabkan dia dibayar gaji. Seandainya pekerjaan itu tidak dibayar gaji, agak-agak bersemangat tak seseorang tu melakukan tugasan? Mesti seseorang tu akan buat acuh tak acuh kan? Sama juga dengan bayaran gaji yang kecil ni, tapi kerja perlu dilakukan ada banyak. Bukankah akan mengakibatkan kualiti kerja yang dilakukan nanti.
Jadi, yang mana lebih baik? Kalau anda nak tahu, sikap positif dan negatif itu bukanlah tujuan utama soalan ini ditanyakan kepada anda. Boleh saya katakan, tiada unsur positif ataupun negatif langsung dalam soalan ini. Tujuan utama soalan ini adalah untuk kategorikan anda kepada golongan tertentu sahaja, dan tak lebih daripada itu.
Sama ada anda nak menyokong ataupun membangkang pernyataan ini, itu hak anda. Anda berhak untuk memilih jawapan apa sekalipun selagi mana jawapan itu mencerminkan perwatakan sebenar anda.
Tapi, pihak SPA boleh mengesan sejauh mana kebenaran jawapan pada soalan 1 ini. Dengan menggunakan soalan yang sama kategori untuk mengesahkan pendirian anda, sama ada pendirian itu selari ataupun bercanggah.
Dalam kategotri penilaian ini, soalan 2, 3 dan soalan 4 di bawah diguna untuk mengesahkan pendirian anda dalam soalan 1. Adakah jawapan tu menggambarkan diri sebenar anda ataupun tidak.
Soalan 2: Jika saya seorang guru, saya lebih suka mengajar subjek berteraskan teori berbanding subjek berteraskan fakta.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Mahukan Lagi Soalan Sebenar Psikometrik?
Jom jawab koleksi kuiz psikometrik. Klik butang di bawah untuk jawab kuiz sekarang.
Soalan 3: Kawan-kawan selalu menganggap saya ini seorang yang bersikap praktikal berbanding seorang yang panjang akal.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 4: Saya lebih suka melaksanakan tugasan mengikut kebiasaan berbanding melakukannya mengikut kemahuan sendiri.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Tips untuk lulus ujian psikometrik ini ialah anda perlu tetapkan pendirian anda ke arah satu perwatakan sahaja. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dengan memastikan jawapan anda selari antara satu sama lain.
Jika anda boleh tetapkan pendirian anda, corak perwatakan anda akan menjadi lebih terarah. Jika jawapan anda tiada pendirian, corak perwatakan anda akan menjadi bercelaru seperti perwatakan individu yang tiada identiti diri.
Nak tahu tak perwatakan apa yang cuba dicungkil melalui keempat-empat soalan ini? Dan bagaimana nak pastikan jawapan kepada empat soalan ini tidak bercanggah antara satu sama lain? Klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan lengkap.
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392