Soalan 1: Saya mengubah cara saya bekerja dengan maklum balas dan cadangan orang lain.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Adakah soalan ini nak uji tahap yakin diri seseorang? Adakah orang yang suka mengubah cara kerja ini seorang yang tak ada pendirian?
Ataupun soalan ini nak menguji semangat kerjasama dalam diri seseorang? Adakah seseorang itu terbuka dalam menerima cadangan daripada orang lain?
Ini merupakan perkara yang cuba dicungkil melalui soalan ini. Bagi anda yang tidak tetap dalam pendirian, saya yakin anda pasti akan keliru dengan soalan ini. Rasa confused nak pilih jawapan yang mana satu.
Apa sekalipun jawapan anda tu nanti, sila pastikan jawapan anda itu sentiasa konsisten antara satu sama lain.
Antara soalan lain yang digunakan dalam menentukan tahap konsisten seseorang ialah:
‘Sekiranya melakukan sesuatu yang menguntungkan diri sendiri, tidak mengapa jika orang lain disakiti’.
‘Sekiranya ketua sering datang lambat, tidak wajar untuk menegur kakitangan yang datang lambat juga’.
‘Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian’.
Tiga soalan ini sama kategori dengan soalan 1 di atas. Untuk pastikan jawapan anda itu konsisten, sila pastikan jawapan pilihan anda itu tidak bercanggah antara satu sama lain.
Saya ada huraikan secara terperinci bagaimana soalan-soalan ini berkait antara satu sama lain.
Jika anda tahu setiap kategori soalan, saya yakin jawapan anda nanti akan jadi lebih konsisten. Sila klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap.
(Password Protected)
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi? Jom baca di SINI.