Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya hanya membuat rumusan selepas meneliti semua perspektif tentang sesuatu perkara dan persoalan.

A. Ya
B. Tidak

Sebenarnya, ada beberapa isu yang cuba dibangkitkan dalam soalan ini. Isu pertama ialah isu berkaitan dengan ketegasan. Kalau anda membangkang, itu bermaksud anda akan membuat keputusan menyebelahi orang lain kan? 

Adakah dengan berbuat demikian membuktikan anda seorang tak tegas dalam tugasan anda? Tak ada pendirian sehinggakan selalu memberi orang lain membuat keputusan? Orang lain cakap okey, anda pun okey. Adakah soalan ini nak cungkil sikap yakin diri?

Isu kedua pula ialah berkaitan dengan isu kerjasama. Jika anda menyokong, itu bermaksud anda akan membuat keputusan hanya menyebelahi anda. Adakah itu menunjukkan anda seorang yang tak ada semangat kerjasama? Asyik rasa diri sendiri je betul, pendapat orang lain tak penting. Adakah soalan ini nak cungkil sikap kerjasama?

Kedua-dua pun betul. Memang ujian psikometrik direka begitu. Sesetengah soalan anda akan jadi keliru untuk membuat pilihan. Pilih setuju pun rasa positif, pilih tak setuju pun masih lagi positif.

[bersambung di bawah..]

Dapat Panggilan Ujian Psikometrik?

Jom download ebook psikometrik khas ini dalam memastikan anda boleh lulus ujian itu nanti. Klik butang di bawah untuk download. 

[…sambungan]

Soalan 1 tadi tak terhenti dekat situ saja, soalan 2 digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 1. Adakah pendirian anda pada soalan 1 selari dengan pendirian pada soalan 2.

Soalan 2: Saya mendengar nasihat pakar tetapi akan mengikut keputusan asal saya sendiri.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Anda nampak tak perkaitan antara soalan 1 dengan soalan 2 tu? Memang nampak ketara sangat perkaitan antara dua soalan ini kan. Sila pastikan pendirian anda pada soalan 1 sama dengan pendirian pada soalan 2. Itu cukup membuktikan sikap yang cuba dicungkil melalui dua soalan ini betul-betul wujud dalam diri anda, dan bukannya sekadar dibuat-buat.

Jawapan konsisten adalah kunci utama untuk lulus ujian psikometrik. Jika tiada unsur konsisten dalam jawapan, itu cukup memberi signal kepada pihak SPA bahawa terdapatnya unsur penipuan dalam menjawab soalan. Kena hati-hati. Majikan mana yang suka pekerja dia menipu kan? Setuju tak? Dan ujian psikometrik bukanlah bertujuan nak mencari calon yang handal menipu.

Anda boleh baca huraian jawapan dengan klik butang di bawah. Saya kongsikan bagaimana dua soalan ini boleh berkait dan sikap apa yang sebenarnya cuba dicungkil tu.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392