Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya akan mempertahankan “ketua sentiasa benar” (“the boss is always right”).

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Saya pasti mesti ramai yang tidak bersetuju dengan soalan ini. Ada calon berfikir ketua itu seorang yang bersikap negatif. Alasannya, ketua ni hanya pandai mengarah orang lain je.

“Soalan ni nak uji kita ni suka mengampu boss je tu cikgu… betul tak cikgu”, – calon psikometrik 1.

“Dah nama pun ketua, kena lah sentiasa betul. Kalau ketua asyik salah jer, baik tak payah jadi ketua”, – calon psikometrik 2.

“Ketua pun manusia jugak.. mesti tak terlepas dari buat kesilapan.. Jadi saya pilih jawapan sangat tidak setuju. Betul tak cikgu?”, – calon psikometrik 3.

“Nampak sangat soalan ini nak uji sikap kepatuhan. Sebagai seorang pekerja, kenalah patuh kepada arahan ketua.. Rasa-rasa la kan.. Macam betul dah tu”, – calon psikometrik 4.

Setiap orang ada pendapat mereka sendiri. Dan pendapat mereka ini ada logiknya juga. Nak kata salah pun rasa macam betul. Jadi, jawapan apa paling positif untuk soalan ini?

[bersambung di bawah…]

Koleksi Kuiz Psikometrik.

Anda dah betul-betul yakin kan lulus ujian nanti? Jom uji perwatakan diri anda dengan sembilan kuiz psikometrik ini. Anda pasti akan tahu tahap persediaan diri anda nanti.

[…sambungan]

Soalan 2, 3, 4 dan 5 ini pula berkait rapat dengan soalan 1. Jika anda ada sikap pada soalan 1, anda wajid ada sikap pada soalan 2, 3, 4 dan 5. Jika tidak, akan ada kecelaruan identiti jika anda tidak berbuat demikian.

Soalan 2: Tidak mengapa mengambil sijil sakit dalam keadaan terdesak.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 3: Bagi saya, mengikut jadual ini adakalanya perlu tetapi selalunya tidak perlu.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya tidak kisah jika tidak mempunyai panduan yang tepat untuk ke sesuatu majlis kerana saya akan bertanya kepada orang lain di mana majlis itu diadakan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Dalam ujian psikometrik, kecelaruan identiti merupakan salah satu indikator digunakan untuk mengesan adakah seseorang calon itu menipu ataupun tidak. Psikologi seorang penipu ini, mereka akan cuba sembunyikan perkara sebenar sehinggakan berlakunya kecelaruan identiti dalam diri mereka. Sekejap sokong itu, sekejap sokong ini, tiada pendirian.

Jadi, anda perlu berhati-hati dalam setiap jawapan yang anda pilih. Jangan sampai anda dikategorikan sebagai calon yang menipu. Kerana ujian psikometrik ini boleh tahu sama ada anda sedang berlaku jujur ataupun tidak. Memang ujian ini direka seperti itu.

Apa jawapan yang terbaik untuk kelima-lima soalan ini? Sila klik butang di bawah ini untuk membaca huraian jawapan lengkap.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392