Soalan 1: Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat demikian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 1 ini merupakan soalan yang pernah ditanya dalam ujian psikometrik baru-baru ini. Agak-agak anda, apa yang cuba dicungkil melalui soalan ini? Adakah soalan ini nak uji semangat kerjasama ataupun sikap keikhlasan?
Sesetengah orang tak setuju dengan soalan ni, katanya seolah-olah soalan ini nak uji keseriusan seseorang dengan kerja. Perkara tu tak ada keperluan untuk dibuat, tapi nak buat jugak. Dan ada juga yang bersetuju dengan soalan ini. Katanya soalan ini nak uji sikap kerjasama.
Kalau anda nak tahu, inilah yang berlaku apabila anda minta pendapat orang lain tentang soalan ujian psikometrik. Kalau ditanya kepada 10 orang, anda akan terima 10 jawapan dan alasan yang berbeza-beza. Perkara ini berlaku disebabkan setiap orang ada pendirian dan prinsip hidup mereka masing-masing. Daripada pendirian dan prinsip hidup inilah akan melahirkan pendapat yang berbeza-beza antara satu individu dengan individu yang lain.
Berbalik kepada soalan, dalam mengesahkan jawapan anda dalam soalan 1 itu, soalan-soalan dalam kategori yang sama akan ditanya kembali. Contohnya seperti soalan 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan soalan 8 di bawah ini.
Soalan 2: Saya mahu memastikan semua orang mempunyai peluang untuk menyumbang dan terlibat dalam proses membuat keputusan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 3: Saya tidak pernah berputus asa untuk menunjukkan prestasi di peringkat yang lebih tinggi daripada orang lain.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 4: Saya tidak mahu menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain, jadi saya lebih suka mengelak daripada berlakunya perselisihan pendapat.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 5: Saya bersedia mengalah dan memberi kemenangan kepada pihak lain untuk mengekalkan hubungan yang harmoni.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 6: Saya mahu mencipta penyelesaian yang inovatif dan kreatif yang boleh memenuhi keperluan semua pihak.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 7: Saya bersedia untuk mempertimbangkan idea semua pihak untuk mencapai persetujuan yang boleh memuaskan hati semua pihak.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 8: Saya akan membantu ahli dalam kumpulan walaupun menjejaskan matlamat kumpulan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Bagi anda yang tidak tetap dalam pendirian, saya percaya soalan-soalan ini bakal mengelirukan anda, dan juga boleh menyebabkan corak perwatakan anda menjadi bercelaru. Disebabkan semua soalan ini bersifat positif. Untuk pengetahuan anda, semua soalan ini digunakan untuk mengkategorikan individu kepada lima golongan tertentu. Persoalannya sekarang, anda berada dalam golongan yang mana?
Jadi apa jawapan anda dalam kelapan-lapan soalan ini? Adakah jawapan anda itu konsisten? Jom baca huraian jawapan lengkap dengan klik butang di bawah ini. Saya huraikan secara terperinci bagaimana nak memilih jawapan yang lebih konsisten.
(Password Protected)
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392