Soalan 1: Pandangan orang ramai jarang mempengaruhi keputusan saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Nampak macam soalan ni macam negatif je kan? Sebab nampak macam tak boleh terima pendapat orang lain. Kalau dinilai daripada sudut positif, bukankah itu menunjukkan seseorang itu yakin dengan dirinya sendiri? Bukankah itu sikap positif?
Kalau anda nak tahu, sikap positif dan negatif itu bukanlah tujuan utama soalan ini ditanyakan kepada anda. Boleh saya katakan, tiada unsur positif ataupun negatif langsung dalam soalan ini. Tujuan utama soalan ini adalah untuk kategorikan anda kepada golongan tertentu sahaja, dan tak lebih daripada itu.
Sama ada anda nak menyokong ataupun membangkang pernyataan ini, itu hak anda. Anda berhak untuk memilih jawapan apa sekalipun selagi mana jawapan itu mencerminkan perwatakan sebenar anda.
Tapi, pihak SPA boleh mengesan sejauh mana kebenaran jawapan pada soalan 1 ini. Dengan menggunakan soalan yang sama kategori untuk mengesahkan pendirian anda, sama ada pendirian itu selari ataupun bercanggah.
Dalam kategotri penilaian ini, soalan 2, 3 dan soalan 4 di bawah diguna untuk mengesahkan pendirian anda dalam soalan 1. Adakah jawapan tu menggambarkan diri sebenar anda ataupun tidak.
Soalan 2: Saya mendengar nasihat pakar tetapi akan mengikut keputusan asal saya sendiri.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Mahukan Lagi Soalan Sebenar Psikometrik?
Jom jawab koleksi kuiz psikometrik. Klik butang di bawah untuk download.
Soalan 3: Saya sanggup berhutang untuk membantu kumpulan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 4: Teguran boleh mengakibatkan perhubungan persahabatan terputus.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Tips untuk lulus ujian psikometrik ini ialah anda perlu tetapkan pendirian anda ke arah satu perwatakan sahaja. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dengan memastikan jawapan anda selari antara satu sama lain.
Jika anda boleh tetapkan pendirian anda, corak perwatakan anda akan menjadi lebih terarah. Jika jawapan anda tiada pendirian, corak perwatakan anda akan menjadi bercelaru seperti perwatakan individu yang tiada identiti diri.
Nak tahu tak perwatakan apa yang cuba dicungkil melalui keempat-empat soalan ini? Dan bagaimana nak pastikan jawapan kepada empat soalan ini tidak bercanggah antara satu sama lain? Klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan lengkap.
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392