Antara sikap yang menjadi penanda aras seseorang pekerja itu berkualiti ialah sikap disiplin. Walaupun seseorang pekerja itu mempunyai kebolehan yang tinggi, tanpa sikap disiplin, pekerja itu memang tak boleh melaksanakan tugasannya dengan baik.

Jadi, tak hairanlah kenapa sikap disiplin ini menjadi unsur penilaian yang terpenting dalam mencari penjawat awam. Kalau anda nak tahu, sikap disiplin merupakan salah satu sikap yang terdapat dalam integriti. 

Kalau tengok pada misi SPA sendiri, misi utama SPA ialah melantik penjawat awam yang berintegriti dan kompeten melalui penilaian yang holistik.

Anda nampak tak betapa tingginya sikap disiplin ini dimata penilaian pihak SPA. Jom saya saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan yang berkaitan dengan sikap berdisiplin.

Soalan 107: Saya melaksanakan tugas dalam masa yang ditetapkan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Cuba anda tengok pada soalan ini. Bagaimana nak kaitkan sikap disiplin melalui soalan ini?

Pertama sekali, anda perlu tahu apakah ciri-ciri individu yang berdisiplin. Setuju tak kalau saya katakan, individu yang berdisiplin ini suka menepati masa? 

Jadi, dalam membuktikan anda ini seorang individu yang berdisiplin, anda perlu menyokong pernyataan ini.

Soalan 1: Saya akan pertahankan ahli kumpulan saya walaupun mereka melakukan kesalahan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Jika pernyataan ini dinilai melalui penilaian semangat kerjasama, menyokong pernyataan ini boleh menggambarkan anda mempunyai sikap kerjasama dalam berpasukan.

Tapi berlainan pula jika dinilai melalui.. [bersambung di bawah…]

Inginkan Lebih Banyak Soalan?

Saya kongsikan 200 soalan dan huraian jawapan psikometrik dalam ebook ini. Sila klik butang di bawah untuk membaca. 

[sambungan..]

Tapi berlainan pula jika dinilai melalui penilaian disiplin. Seorang individu yang berdisiplin tidak sama sekali bersubahat dengan orang yang melanggar peraturan. Bagi membuktikan anda ini individu yang berdisiplin, anda perlu membangkang pernyataan ini. Dengan membangkang juga dapat memastikan jawapan anda berikan itu bersifat selari dengan pendirian pada soalan pertama tadi.

Nampak tak kenapa soalan psikometrik ini bukanlah sekadar pilih positif negatif macam tu je. Kalaulah ujian psikometrik semudah pilih-pilih nilai positif macam tu, sepatutnya ramailah yang akan lulus ujian ni nanti. Tapi hakikatnya ramai yang gagal.

Kuiz Disiplin 32 Soalan.

Anda tahu tak berapa tahap disiplin dalam diri anda? Jom uji tahap disiplin anda dengan kuiz 32 soalan ini. Cikgu sudah kumpul kesemua soalan-soalan ujian psikometrik bulan lepas. 

Pastikan pendirian anda konsisten, itu cukup membuktikan sikap disipline dalam diri anda itu betul-betul wujud, bukan sekadar dibuat-buat. Sila klik butang di bawah ini untuk jawab kuiz disiplin 32 soalan.

Kuiz 32 soalan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392