Huraian Jawapan.

Soalan 1: Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Sokong:

Khidmat Negara merupakan program untuk memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara. Segala program yang dilaksanakan oleh kerajaan telah melalui penelitian beberapa jawatankuasa dalam kerajaan sebelum ianya diluluskan oleh kabinet.

Dengan menyokong pernyataan ini, itu membuktikan anda mempunyai sikap kepatuhan dalam diri anda. Kerana anda akur dan percaya dengan keputusan pihak atasan.

Bangkang:

Antara alasan ada sesetengah pihak mahukan Khidmat Negara ini dihentikan ialah faktor keberkesanan dan kos penyelenggaraan. Alasan yang pertama ialah keberkesanan program ini. Nak memupuk semangat patriotisme sepatutnya dibina pada peringkat awal pendidikan. Bukannya sewaktu remaja itu berumur 21 tahun.

Alasan kedua pula disebabkan oleh kos penyelenggaraan. Dilaporkan purata perbelanjaan diperlukan RM600 juta setahun. Sepatutnya dana sebanyak itu digunakan dalam hal yang lebih bermanfaat.

Dengan membangkang pernyataan ini, itu membuktikan anda seorang yang bersikap berani untuk bersuara. Sikap berani ini lahir disebabkan kebolehan anda dalam menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

Selain sikap berani bersuara, dengan membangkang pernyataan ini juga boleh mengetahui anda seorang yang teliti ataupun tidak. Sepanjang perlaksanaan Program Khidmat Negara, hanya remaja yang akan memasuki umur 18 tahun bakal dipanggil untuk menyertai program ini. Bukannya remaja berumur 21 tahun. Sikap teliti ini disebabkan oleh sikap ambil tahu anda tentang isu semasa yang terjadi dalam negara.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392