Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Kalau anda fikir soalan ini hanyalah sekadar untuk tahu pasal kepompong rama-rama, itu kesilapan pertama anda. Hati-hati. Kerana soalan psikometrik bukanlah straight forward macam tu.

Kalau anda nak tahu, soalan ini ingin mencungkil perasaan ingin tahu dalam diri anda. Adakah anda ada perasaan itu ataupun tidak. Tapi, perasaan ingin tahu ni sikap positif ke? 

Apa kepentingan nak tahu apa yang terjadi dekat kepompong rama-rama? Sudah pasti kepompong akan bertukar menjadi rama-rama kan?

Jadi untuk apa nak tahu perkara yang dah terbukti? Adakah soalan ini nak cungkil adakah anda seorang yang suka buang masa dengan perkara sia-sia?

Kalau anda nak tahu, soalan seperti inilah yang banyak kali memerangkap ramai calon psikometrik. Terutama sekali bagi calon yang tak ada pendirian. Memang mudah soalan seperti ini nak mengganggu pendirian mereka.

…bersambung di bawah

Koleksi Kuiz Psikometrik

Saya ada kongsikan 9 kuiz psikometrik. Sila klik butang di bawah untuk akses kesemua kuiz ini.

…sambungan

Nak sahkan pendirian anda dalam soalan 1 tu mudah saja, hanya perlu gunakan soalan 2, 3, 4, 5 dan soalan 6 ini. Keempat-empat soalan ini di bawah skop penilaian sama. Jika terdapat banyak jawapan bercanggah, memang mudah nak tahu tahap kejujuran seseorang tu.

Soalan 2: Kawan-kawan kerap mengatakan saya seorang yang bijak dan pantas berfikir.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 3: Sokongan terhadap usaha ke arah perubahan yang positif merupakan cara saya menunjukkan rasa cinta terhadap negara.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Seandainya saya seorang guru, saya lebih gemar mengajar subjek berasaskan fakta berbanding subjek berasaskan teori.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Apabila melakukan sesuatu perkara yang ramai orang lakukan, saya tertarik untuk melakukannya mengikut kebiasaan berbanding mengikut kemahuan sendiri.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 6: Mengkritik negara kita Malaysia, walaupun dengan niat yang baik, adalah tindakan yang saya tidak sokong.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Apa jawapan anda dalam memastikan keenam-enam soalan ini tidak bercanggah antara satu sama lain? Klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan lengkap dan cara memilih jawapan konsisten.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.