Huraian Jawapan.

Soalan 1. Ramlah bertolak dari rumahnya mengambil masa 2 jam 27 minit untuk sampai ke bandar. Jika dia sampai di bandar tepat pukul 12.09 tengahari, hitungkan waktu dia bertolak dari rumah.

A. 9.42 pagi
B. 9.43 pagi
C. 9.44 pagi
D. 9.45 pagi

Jalan Pengiraan:

Waktu bertolak = 12 jam 09 minit – 2 jam 27 minit = 9 jam 42 minit

Soalan 2. Isipadu sebuah piramid ialah 28,800 cm³ dengan ketinggiannya ialah h cm. Jika luas tapaknya ialah 1,600 cm², hitungkan nilai ketinggian h.

A. 50 cm
B. 52 cm
C. 54 cm
D. 56 cm

Jalan Pengiraan:

Ketinggian = isipadu / (1/3 x luas tapak)
= 28,800 cm³ / (1/3 x 1,600 cm²)
= 54 cm

Soalan 3. Sejumlah 5,000 biji limau dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu 1/5, 2/5, 1/10, 6/25 dan 3/50. Hitung bilangan buah limau pada bahagian yang paling kecil.

A. 100
B. 200
C. 300
D. 400

Jalan Pengiraan:

1/5 x 5,000 = 1,000 biji
2/5 x 5,000 = 2,000 biji
1/10 x 5,000 = 500 biji
6/25 x 5,000 = 1,200 biji
3/50 x 5,000 = 300 biji

Jadi, bahagian 3/50 adalah bahagian yang paling kecil.

Soalan 4. Nazri, Kamal dan Yasin berkongsi RM4,500 wang. Nazri mendapat 40% daripada wang itu dan Kamal mendapat 1/4 daripada wang itu. Berapakah wang yang Yasin dapat?

A. RM1,575
B. RM1,675
C. RM1,775
D. RM1,875

Jalan Pengiraan:

Wang Nazri = RM4,500 x 40% = RM1,800
Wang Kamal = RM4,500 x 1/4 = RM1,125

Wang Yasin = Wang Keseluruhan – Wang Nazri – Wang Kamal
= RM4,500 – RM1,800 – RM1,125
= RM1,575

Anda mahukan lagi contoh soalan dan jawapan seperti ini?

Rujukan pantas ujian Pegawai Imigresen dengan koleksi 60 soalan matematik & soalan bahasa inggeris + jalan pengiraan + format 2022 (terkini).

Klik butang di bawah ini.

Soalan 5. Kamarul membeli sebuah buku yang mempunyai halaman 150 muka surat. Berapakah jumlah muka surat buku tersebut yang dikira dari halaman 9 hingga 17, 78 hingga 91 dan 117 hingga 137?

A. 41
B. 42
C. 43
D. 44

Jalan Pengiraan:

Muka Surat 9 hingga 17:
= (17 – 9) + 1 = 9 m/s

Muka Surat 78 hingga 91:
= (91 – 78) + 1 = 14 m/s

Muka Surat 117 hingga 137:
= (137 – 117) + 1 = 21 m/s

Jumlah muka surat = 9 + 14 + 21 = 44 muka surat.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392

Pss… Jika anda ada apa-apa pertanyaan pasal ujian Pegawai Imigresen, sila whatsapp saya dekat nombor di atas ini.