Huraian Jawapan.

Soalan 1: Kamal menyimpan RM20,000 ke dalam akaun bank pada 1 Januari 2019 dengan kadar faedah 5% setahun. Pada tahun 2021, kadar faedah tahunan meningkat sebanyak 1%. Berapakah jumlah wang simpanan Kamal pada akhir tahun tersebut jika Kamal tidak mengeluarkan wangnya sejak 2019?

A. RM 21,153
B. RM 22,050
C. RM 23,153
D. RM 23,373

Wang pada Januari 2019
= RM20,000

Faedah 2019
= RM20,000 x 5%
= RM1,000

Wang pada Januari 2020
= Wang Januari 2019 + Faedah 2019
= RM20,000 + RM1,000
= RM21,000

Faedah 2020
= RM21,000 x 5%
= RM1,050

Wang pada Januari 2021
= Wang Januari 2020 + Faedah 2020
= RM21,000 + RM1,050
= RM22,050

Jangan terlupa, faedah tahunan untuk tahun 2021 dinaikan sebanyak 1%.
Peratusan faedah 2021 = 5% + 1% = 6%

…bersambung di bawah.

Anda mahukan lagi contoh soalan dan jawapan seperti ini?

Team saya dah siapkan satu rujukan pantas khas untuk exam Pegawai Imigresen, lengkap dengan kira-kira macam ni. Anda boleh baca dekat bawah ini ya.

Klik butang di bawah ini.

…sambungan

Jangan terlupa, faedah tahunan untuk tahun 2021 dinaikan sebanyak 1%.
Peratusan faedah 2021 = 5% + 1% = 6%

Faedah 2021
= RM22,050 x (5% + 1%)
= RM22,050 X 6%
= RM1,323

Wang pada Disember 2021
= Wang Januari 2021 + Faedah 2021
= RM22,050 + RRM1,323
= RM23,373

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392

Pss… Jika anda ada apa-apa pertanyaan pasal ujian Pegawai Imigresen, sila whatsapp saya dekat nombor di atas ini.