Huraian Jawapan Soalan Kuiz.

Soalan 1: Saya percaya perkembangan teknologi adalah penyumbang kepada keruntuhan akhlak generasi baru.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak Pasti

Pernyataan ini sebenarnya ingin mentafsir diri anda jenis yang suka melihat kepada keburukan ataupun kebaikan. Tidak dinafikan, ada segelintir kemajuan teknologi ini boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak. 

Tapi, kebaikan yang kita peroleh daripada perkembangan teknologi adalah jauh lebih daripada keburukannya.

Kenapa anda perlu melihat kepada peratusan keburukan yang kecil itu? Sedangkan terlalu banyak kebaikan yang kita peroleh daripada teknologi pada hari ini.

Ini jelas menunjukkan sikap keterbukaan anda masih ditakuk lama. Sikap ini adalah negatif. 

Anda seharusnya membangkang pernyataan ini dengan jawapan TIDAK SETUJU. Dengan membangkang, anda sudah memilih jawapan yang positif.

Soalan 7: Apabila ada kawan yang ingin membantu, saya akan meletakkan seluruh kepercayaan kepadanya walaupun saya baru mengenali dia sebulan yang lepas.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Telegram Rasmi Ujian SPiER 2022?

Saya kongsikan banyak lagi contoh soalan, tips lulus & soalan perangkap dalam group ini.

Soalan ini sebenarnya ingin menguji diri anda sama ada anda mempunyai sikap berkerjasama dalam kumpulan ataupun tidak. Sebagai anggota penguat kuasa, semua perkara perlu dilakukan secara berkumpulan. 

Walaupun rakan sekerja anda itu baru hari ini anda kenal, anda sewajarnya tidak boleh meragui kebolehan dia.

Bagaimana sesuatu tugasan itu hendak disiapkan jika anda tidak mempunyai perasaan percaya kepada rakan sekerja?

Anda seharusnya menyokong pernyataan ini dengan jawapan SANGAT SETUJU. Anda menyokong bermaksud anda sudah memilih jawapan yang positif.

Soalan 9: Apabila diberikan tugasan, saya akan berdiam diri seketika bagi tenangkan diri dan mencari idea.

A. Ya
B. Tidak
C. Tak Pasti

Apa sebenarnya pernyataan ini nak uji anda?

Kalau anda nak tahu, pernyataan ini ini sebenarnya nak tahu sama ada anda ini seorang yang suka menangguhkan kerja ataupun tidak.

Apabila anda sudah tahu skop kerja anda, tak ada keperluan sebenarnya untuk anda nak tenangkan diri seketika.

Sebagai anggota penguat kuasa, anda perlu pantas dan cergas dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Jadi, pernyataan ini bersifat negatif. 

Maka, anda perlu bangkang pernyataan ini dengan jawapan TIDAK. Membangkang bermaksud anda sudahpun memilih jawapan yang positif.

Anda nampak tak sekarang? Bagaimana soalan SPiER berjaya mengorek sikap negatif anda tanpa anda perasan pun.

Saya harap dengan huraian jawapan ini akan dapat membantu anda dalam menjawab ujian SPiER nanti.

Pss.. Saya ada sediakan bonus untuk anda dekat bahagian bawah.

Mahukan lagi soalan dan jawapan seperti ini?

Rujukan pantas ujian SPiER dengan koleksi 200 soalan + jawapan.

Klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392

Pss… Jika anda ada apa-apa pertanyaan pasal ujian SPiER, sila whatsapp saya dekat nombor di atas ini.