Huraian Jawapan Kuiz Konsisten.

Kunci utama nak lulus ujian psikometrik ini ialah jawapan yang konsisten. Konsisten ini adalah tahap kecenderungan personaliti. Semakin konsisten jawapan seseorang, semakin tinggi kecenderungan personaliti yang terhasil.

Sebenarnya, setiap orang memang mempunyai kecenderungan mereka masing-masing. Tapi sayang, mereka tak tonjolkan kecenderungan personaliti mereka dalam ujian psikometrik.

Palsukan Personaliti

Ada segelintir calon cuba memalsukan personaliti mereka. Cuba mengubah personaliti. Cuba mewujudkan personaliti yang tak wujud dalam diri mereka.

Akibatnya, setiap jawapan mereka saling bercanggah antara satu sama lain. Apabila jawapan bercanggah, secara automatik jawapan tidak akan menghasilkan kecenderungan personaliti.

Sedangkan ujian psikometrik dinilai melalui kecenderungan personaliti.

Untuk 28 soalan ini, saya telah setkan soalan untuk mengkategorikan anda kepada dua golongan. Anda wajib berada dalam salah satu golongan ini kalau nak lulus dalam ujian ini.

Jawapan Konsisten

Di bawah ini merupakan profil yang terbentuk daripada jawapan yang konsisten. Walaupun profil individu ini masih ada sebahagian kecil Personaliti A, tapi boleh nampak dengan jelas dominan Personaliti B itu.

Personaliti dominan inilah akan menentukan kesesuaian seseorang itu dengan jawatan yang dia mohon.

Sekiranya anda dapat keputusan KONSISTEN, tahniah saya ucapkan kerana jawapan anda telah pun mewujudkan kecenderungan personaliti. Peluang untuk lulus itu lebih tinggi.

Nak Extra Soalan?

Anda mahukan lagi soalan seperti ini? Sila klik butang di bawah untuk download.

Jawapan Tak Konsisten

Di bawah ini pula profil personaliti terbentuk daripada jawapan individu yang tak konsisten. Tak wujud kecenderungan dalam profil mereka. Tak boleh tentukan ke arah mana personaliti dan minat mereka yang sebenar.

Nak kata cenderung ke arah Personaliti A pun tidak, ke arah Personaliti B pun tidak. Apa yang pasti, jawapan yang tak konsisten seperti ini sentiasa akan dikalahkan dengan individu yang jawab secara konsisten.

Bagi anda yang dapat keputusan TAK KONSISTEN, saya nasihatkan anda fahami dahulu apa objektif ujian psikometrik ini dijalankan. 

Selagi anda tak faham, selagi itulah anda akan ulang, ulang, kemudian ulang lagi kesilapan yang sama. Peluang untuk lulus sedikit tertutup. 

Apa-apa pun, masih ada masa lagi nak perbaiki kesilapan. Jangan cepat putus asa.

Konsisten vs Tak Konsisten

Carta bar di bawah ini merupakan statistik calon yang pernah menjawab kuiz ini. Daripada 392 calon yang jawab kuiz ini, hanya 38 calon sahaja yang berjaya mendapat jawapan konsisten.

Nampak tak kat situ bagaimana jawapan tak konsisten ini berjaya menghancurkan impian ramai calon untuk lulus dalam ujian ini.

Mahukan Lagi Kuiz & Huraian Jawapan?

Saya telah siapkan satu group khas untuk berkongsikan soalan-soalan psikometrik dan huraian jawapan.

Cikgu harap dengan adanya group ini boleh membantu anda dalam membuat persediaan ujian psikometrik ini nanti.

Sila klik butang di bawah ini untuk join group telegram.

Apa Yang Cuba Dicungkil?

Saya yakin anda tertanya-tanya apakah sikap yang cuba dicungkil melalui 28 soalan kuiz ini kan? Secara semulajadi, setiap manusia akan tunjukkan kecenderungan mereka ke arah sikap ini.

Jika tiada kecenderungan, daripada situ boleh dinilai tahap konsisten jawapan seseorang. Sila klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan. Dan bagaimana cara memilih jawapan yang super konsisten.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Cikgu Khairul
Whatsapp ➥ 016-7794392