Huraian Jawapan.

Semasa cikgu belajar tentang psikologi dulu, topik yang pertama dalam psikologi adalah mengenali fungsi otak. Topik ini merupakan asas kepada psikologi. Untuk pengetahuan anda, manusia ini dikategorikan kepada dua golongan. Golongan dominan otak kiri dan golongan dominan otak kanan.

Jika seseorang itu dominan kepada otak kiri, mereka lebih berminat kepada matematik. Manakala seseorang yang dominan otak kanan pula lebih berminat kepada seni.

Gagal Dan Lulus Ujian.

Bagaimana dominan otak kiri dan otak kanan ini boleh mempengaruhi lulus atau gagal sesuatu ujian online?

Jika jawatan itu berkaitan dengan jawatan seorang jurutera, pihak SPA akan mencari individu yang mempunyai dominan otak kiri. Jika jawatan itu berkaitan dengan jawatan seorang ahli psikologi, pihak SPA akan mencari individu yang mempunyai dominan otak kanan.

Penting sangat ke dominan otak ni? Sehinggakan menjadi salah satu penilaian dalam ujian psikometrik?

Jawapan ringkas, YA.

Cuba anda bayangkan jika seorang yang dominan otak kanan dilantik untuk jawatan jurutera. Individu yang dominan otak kanan ini diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan projek pembinaan bangunan. Agak-agak anda, boleh siap tak bangunan tu? Kalau bangunan tu boleh siap, agak-agak anda ada risiko untuk runtuh tak bangunan tu?

Kerana perwatakan yang wajid ada dalam diri seorang jurutera ialah.. [bersambung di bawah…]

Inginkan Lebih Banyak Kuiz Seperti Ini?

Saya ada sediakan lebih sembilan kuiz psikometrik untuk anda. Sila klik butang di bawah untuk membaca. 

Kerana perwatakan yang wajid ada dalam diri seorang jurutera ialah sikap analitikal, keupayaan dalam sains dan matematik, dan juga keupayaan dalam mentafsir logik. Dimana sikap ini tiada dalam individu yang mempunyai dominan otak kanan.

Tapi ini hanyalah contoh, realiti sebenar perlantikan itu tak berlaku pun. Sebabnya, individu yang dominan otak kanan akan digagalkan secara automatik untuk tapisan jawatan jurutera. Mereka akan digagalkan seawal ujian online lagi.

Jadi, jangan hairan pula jika anda dah jawab ujian psikometrik positif macam malaikat sekali pun, tapi masih lagi gagal. Anda gagal bukanlah disebabkan oleh sikap negatif, kegagalan itu berpunca daripada ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu tiada dalam diri anda.

Nota: Dominan otak kiri dan otak kanan hanyalah salah satu daripada penilaian dalam ujian psikometrik. Bukanlah bermaksud ujian ini hanya nak cari individu dominan otak kiri dan otak kanan sahaja. Terdapat banyak lagi penilaian yang cuba dinilai dalam ujian ini seperti cara pergaulan, cara pemikiran, sikap kepimpinan, dan lain penilaian psikologi yang lain.

Jawapan 38 Soalan Kuiz.

Mesti anda nak tahu kan jawapan disebalik 38 soalan kuiz tadi kan? Anda boleh semak huraian jawapan kepada 38 soalan kuiz di bawah ini. Sila klik butang di bawah ini untuk baca huraian jawapan.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392