Huraian Jawapan.

Soalan 1: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua.

A. Ya
B. Tidak

Ini merupakan soalan psikometrik yang pernah ditanya pada ujian sebelum ini. Kiranya soalan ini set soalan lama. Untuk soalan terbaru, saya perasan soalan ini dah tak ditanya.

Saya menerima banyak feedback daripada calon sendiri tentang soalan ini. Ada calon yang bersetuju, dan ada calon yang tak setuju.

Calon yang bersetuju mengatakan soalan ini nak uji sama ada dalam diri kita ini ada perwatakan seorang ketua ataupun tidak.

Calon yang tak bersetuju pula kata nak jadi pekerja kerajaan, kena ada perwatakan seorang pengikut. Sebab pekerja kerajaan kan bekerja secara berkumpulan.

Tiada Siapa Yang Salah.

Sebenarnya, kesemua pendapat tu betul. Dan tak ada pendapat yang salah pun. Sebabnya ini hanyalah pendapat individu sahaja. Mereka berhak mengatakan apa sahaja yang mereka rasa betul.

Tapi anda perlu ingat, ini merupakan soalan psikometrik yang bersifat psikologi. Ujian psikologi bukanlah ujian nak cari siapa yang salah dan siapa yang betul.

Nak jawab soalan psikologi, anda perlu tahu terlebih dahulu soalan ini berada dalam kategori yang mana. Apabila anda tahu kategori soalan, jawapan anda nanti akan menghasilkan satu profil perwatakan yang lebih terarah.

Dalam bahasa mudah faham, pendirian dalam setiap jawapan tidak bercanggah antara satu sama lain.

Di bawah ini merupakan soalan-soalan yang sama kategori seperti soalan 1 di atas.

Soalan 2: Saya berasa puas apabila saya boleh membantu orang lain, walaupun saya melepaskan apa yang saya mahukan.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 3: Saya percaya bahawa untuk berjaya, seseorang mesti bersedia untuk berjuang.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 4: Saya lebih suka membantu orang lain mencapai matlamat mereka daripada mengejar matlamat saya sendiri.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 5: Saya berasa paling berpuas hati apabila saya menyelesaikan tugas atau projek dengan lebih baik daripada orang lain.

A. Ya
B. Tidak

Anda mahukan lagi soalan seperti ini?
Sila klik butang di bawah untuk download.

Soalan 6: Saya sering berusaha untuk mencapai hasil yang paling baik untuk diri saya dalam situasi konflik.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 7: Saya lebih suka menerima pandangan orang lain daripada berbalah dan membuat suasana tidak selesa.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 8: Saya akan menerima keputusan ahli kumpulan walaupun keputusan itu bakal menggagalkan matlamat utama kumpulan.

A. Ya
B. Tidak

Sikap Apa Cuba Dicungkil?

Bagi anda dah akses huraian jawapan soalan-soalan sebelum ini, saya pasti anda akan dapat agak apakah personaliti yang cuba dicungkil disebalik lapan soalan ini.

Saya huraikan secara terperinci setiap personaliti disebalik soalan-soalan ini. Dan cara paling mudah bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Sila klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392