Contoh Soalan REQT Sarawak Dan Format Terkini

oleh Cikgu Khairul

Adakah anda mencari contoh soalan ujian REQT Sarawak? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan ujian REQT Sarawak mengikut format 2024.

Format Ujian REQT Sarawak

Untuk ujian REQT Sarawak, SPA Negeri Sarawak telah menggunakan format lama. Di mana format terbaru ujian SPA ketika ini menggunakan ujian psikometrik. Format lama ini bermaksud calon perlu menggunakan kebijaksanaan untuk lulus dalam ujian ini.

Untuk ujian kali ini, jumlah soalan ialah 90 soalan dan masa diperuntukan ialah 1 jam 30 minit. Ujian ini terbahagi kepada dua seksyen, iaitu seksyen soalan bahasa melayu dan seksyen soalan bahasa inggeris.

Seksyen Perkara
1 45 Soalan Bahasa Melayu
2 45 Soalan Bahasa Inggeris

Seksyen 1:

Skop soalan dalam seksyen ini ialah sejarah Sarawak, geografi, teknologi maklumat dan ekonomi digital, perlembagaan negeri Sarawak, perkhidmatan awam Sarawak, kerajaan tempatan dan integriti.

Disebabkan seksyen ini bersifat fakta, ianya akan menyebabkan ujian ini sedikit sukar. Jika anda tahu, anda akan dapat satu markah. Kalau anda tak tahu, anda bakal kehilangan satu markah.

Contoh Soalan

Soalan 1: Apakah ciri khas kupu-kupu Raja Brooke yang membezakannya dari spesis kupu-kupu lain?

A. Sayapnya berwarna hitam dan putih
B. Sayapnya berwarna biru dan hitam
C. Sayapnya berwarna hijau terang
D. Sayapnya berwarna merah dan kuning

Soalan 2: Buceros rhinoeros adalah nama saintifik bagi spesis burung apa dan apakah hubungannya dengan Sarawak?

A. Burung Kenyalang, menjadi simbol negeri Sarawak
B. Burung Merpati, menjadi makanan tradisional di Sarawak
C. Burung Rajawali, menjadi burung pemangsa utama di Sarawak
D. Burung Helang, menjadi burung terbesar di Sarawak

Soalan 3: Sebutkan satu spesis flora dan satu spesis fauna yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak, 1998.

A. Rafflesia dan harimau
B. Cempedak dan singa
C. Durian dan gajah
D. Orkid selipar dan burung enggang

Soalan 4: Sesetengah orang berpendapat nama negeri Sarawak ini lahir daripada perkataan ‘serawak’. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘serawak’ dalam bahasa Melayu lama?

A. Galian emas
B. Galian perak
C. Galian antimoni
D. Galian tembaga

Soalan 5: Dalam tahun 1836, terdapat dua kumpulan etnik yang memberontak dan mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada pemerintahan Brunei. Siapakah dua kumpulan etnik tersebut?

A. Orang Melayu dan Orang Dayak Iban
B. Orang Melayu dan Orang Dayak Bidayuh
C. Orang Dayak Bidayuh dan Orang Bajau
D. Orang Melayu dan Orang Kadazan-Dusun

Seksyen 2:

Untuk seksyen 2 pula, skop soalan masih lagi sama dengan seksyen 1, cuma ada penambahan beberapa topik seperti penyelesaian masalah secara logik dan juga soalan pengiraan matematik.

Jika soalan seksyen 1 ditanya dalam bahasa melayu, berbeza pula dengan soalan seksyen 2. Sebab kesemua soalan dalam seksyen ini ditanya dalam bahasa inggeris.

Contoh Soalan

Question 6: Among the following names of indigenous leaders, who is famous for challenging the power of Brooke throughout his reign?

I. Sharip Sahap
II. Sharip Masahor
III. Rentap
IV. Bantin

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan IIIĀ 
D. I, II, III dan IV

Question 7: For administrative purposes, Sarawak was divided into five divisions and 20 districts in 1905. Each division is governed by a senior administrative officer known as what?

A. Governor
B. Resident
C. Chief Minister
D. Mayor

Question 8: The company whose tender has been accepted by the Government of Sarawak is responsible for all the following, except

A. Paying the levy amount charged to the Construction Industry Development Board (CIDB)
B. Putting out an open tender to appoint a subcontractor to ally with
C. Peeping the site clean and safe by complying with all local authority laws
D. Provide all supervision, labour, materials, goods and equipment required to complete the work

Question 9: A car travels at a constant speed of 72.6 km/hr. How far will it travel in 2.5 hours?

A. 181.5 km
B. 182.5 km
C. 183.5 km
D. 184.5 km

Question 10: What is the number under the car?

A. 78
B. 87
C. 90
D. 96

Question 11: In computer care, it is recommended to do ‘defragmentation’ periodically. What happens in this process?

A. Clean the computer from Virus attacks
B. Remove files that are no longer needed
C. Copy files from hard disk to compact disk
D. Reorganization of files on the hard disk

Question 12: Licenses for hospitality activities issued by the City Council have joint authorization except

A. Entertainment center
B. Massage room
C. Private parking
D. Swimming pool

Question 13: Gawai Day or often called Gawai Dayak is Sarawak’s official festival celebrated with great enthusiasm by the Iban, Bidayuh and Orang Ulu ethnic groups. The following is a Happy Gawai greeting by the Iban ethnic group

A. Jian Dau Gawai Dayak
B. Silamat andu Gawai Dayak
C. Selamat ngintu Hari Gawai Dayak
D. Doo Adto Irau Dayak

Question 14: Zack bought a pair of sports shirts priced at RM 134 and got a 10% discount. How much money could he save?

A. RM 147.40
B. RM 120.60
C. RM 26.80
D. RM 13.40

Adakah anda sudah bersedia untuk ujian REQT nanti? Jom jawab soalan kuiz dengan klik butang di bawah ini.

Anda Mahukan Extra Soalan?

Saya ada sediakan nota dan soalan khas untuk ujian REQT Sarawak. Soalan-soalan ini mengikut standard ujian REQT Negeri Sarawak tahun 2024. Sila klik butang di bawah untuk download sekarang.

Jangan lupa share artikel ini. Mungkin boleh beri manfaat kepada calon-calon yang lain.