Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19

oleh Cikgu Khairul

Ujian Psikometrik Pegawai Penjara – Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai penjara?

Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Penjara.

Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik?

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.

Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon.

Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah.

Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau salah
  • Ya atau betul atau tidak pasti
  • Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.

Kalau senang jadi ramailah yang patut luluskan? Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. 

Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.

“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”

Ha’a, tak sama. Kalau soalan matematik, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, dua darab lima tetap jawapan sepuluh. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. 

Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.

Tujuan Ujian Psikometrik.

Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. 

Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.

Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.

Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Sebulan? Setahun?

Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:10 kepada kekosongan jawatan. 

Jika kekosongan jawatan ada 10 kekosongan, calon ujian psikometrik yang akan diluluskan ke peringkat seterusnya ialah 100 orang. Jika calon yang dipanggil untuk menduduki ujian ialah 10,000 orang, maka 9,900 calon bakal digagalkan oleh pihak SPA.

“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”

Ya memang macam itu dan itulah tujuan utama ujian ini dijalankan. Lulus dan gagal seseorang calon itu bergantung kepada kekosongan jawatan. Ada jawatan mempunyai 500 kekosongan, jadi pihak SPA akan meluluskan seramai 5,000 calon.

Ada jawatan hanya ada 2 kekosongan sahaja. Ketika ini pihak SPA hanya akan meluluskan seramai 20 orang calon sahaja. Nak mudah faham, semakin sikit kekosongan jawatan, semakin susah nak lulus ujian ini.

Persoalannya sekarang, anda bakal berada dalam kategori calon yang diluluskan ataupun digagalkan? Jom baca perkongsian di bawah ini agar anda lebih jelas bagaimana hendak berada dalam kelompok calon yang diluluskan ini.

Ujian Psikometrik 199 Soalan.

Jika ditanyakan berapakan jumlah soalan ujian psikometrik ini? Berdasarkan exam gred jawatan yang lepas, terdapat 199 soalan bakal ditanyakan kepada anda.

Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Jika dinisbahkan dalam julat yang dekat, anda perlu peruntukan 4 minit dalam menjawab 10 soalan.

Penilaian Ujian Psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19.

Sepanjang cikgu membuat analisa soalan ujian psikometrik, soalan psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19 selalunya dinilai melalui beberapa elemen penilaian.

  • Cara bersosial
  • Kerjasama
  • Kestabilan emosi
  • Tahap disiplin diri
  • Menepati masa
  • Bertanggungjawab
  • Kejujuran
  • Amanah
  • Ketekunan
  • Berdedikasi

Agak-agak anda ada tak elemen ini dalam diri anda? Jika ada peluang untuk anda lulus ujian ini menjadi semakin tinggi kerana perwatakan diri anda menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

20 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19.

Daripada elemen penilaian yang dikehendaki oleh ketua jabatan itu, soalan-soalan psikometrik akan ditanyakan kepada anda. 

Setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan diri anda yang sebenar. Lulus atau gagal bergantung kepada corak perwatakan anda. 

Adakah corak perwatakan itu menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan ataupun tidak.

Di bawah ini merupakan 20 soalan psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19 yang mempunyai elemen penilaian di atas.

Soalan 1: Konsep ‘ulat dalam batu pun boleh dihidup’ boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk tidak mudah berputus asa.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 3: Walaupun saya tahu pejabat pos tutup pada cuti umum, saya tetap akan pergi ke sana untuk mendapatkan kepastian.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya memerlukan masa yang lama untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan saya.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 6: Rasa rasa tercabar apabila ada pekerja bawahan saya mempertikaikan keputusan yang telah saya buat.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Idea saya selalunya datang apabila saya termenung sendirian.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 10: Saya suka mengumpul semua pakaian kotor sebelum dicucikan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 11: Saya gemar membaca majalah hiburan berbanding majalah lawak.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 11: Saya gemar membaca majalah hiburan berbanding majalah lawak.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 12: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 13: Saya akan meminta rakan sekerja untuk menyiapkan tugasan saya sekiranya saya sedang sibuk.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 14: Apabila lagu Negaraku dimainkan, saya akan tengok orang sekeliling dahulu sebelum saya berdiri tegak tanda memberi kehormatan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 16: Apabila pasukan saya jauh ketinggalan mata dengan pasukan lawan, saya akan tetap memberi sokongan walaupun saya tahu tindakan itu tidak mengubah apa-apa.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 17: Kerja secara berkumpulan selalunya banyak perkara yang tidak bersependapat.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 18: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 19: Saya selalu menghadiri majlis hari jadi kawan saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 20: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kuiz Psikometrik Pegawai Penjara.

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten ke arah karakter seorang  pegawai penjara?

Jom jawab kuiz 20 soalan di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Tips Lulus Ujian Psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19.

Soalan ujian psikometrik pegawai penjara KA19 ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik pegawai penjara, pihak yang menilai ialah SPA.

Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik pegawai penjara.

Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 9 dan soalan 15 di bawah ini.

Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 9 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 9 dan 15 ini.

Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP.

Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 9 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvert dan extrovert sahaja. Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extrovert, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvert.

“Cikgu! Antara introvert dengan extrovert, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni. Ada sesetengah calon anggap golongan extrovert lah yang paling baik. 

Sebenarnya salah pemahaman macam tu. Dalam sesuatu jabatan kerajaan, golongan introvert dan extrovert saling melengkapi antara satu sama lain.

“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon introvert dengan extrovert ni cikgu?”

Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang calon itu dengan jawatan. Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. 

Ketika ini, calon ada perwatakan extrovert akan dipilih. Jika jawatan itu memerlukan tahap ketelitian yang tinggi, calon berperwatakan introvert pula akan dipilih.

Jika dinilai daripada sudut psikologi, individu introvert lebih teliti berbanding individu extrovert. Individu extrovert lebih cenderung kepada keseronokan, manakala individu introvert pula lebih fokus pada objektif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Telegram Psikometrik.

Saya ada kongsikan banyak lagi tips dan contoh soalan dalam channel telegram. Soalan pasal introvert dan extrovert pun banyak saya kongsikan dalam channel ini.

Sila klik butang di bawah untuk join.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti.

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook psikometrik yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter seorang pegawai penjara.

Tak sama dengan ebook psikometrik yang lain, yang bersifat umum, di mana jawapan tak menfokuskan mana-mana jawatan.

Semoga Bermanfaat.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai penjara, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai penjara kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.

Copyright © 2025 Cikgu Kerjaya

3 thoughts on “Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.