Anda mencari contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41? Kini anda berada di blog yang tepat. Pertama sekali, salam perkenalan daripada saya, Khairul. Saya lebih dikenali sebagai Cikgu Khairul dikalangan rakan-rakan saya.
Cikgu yakin baru-baru ini anda mesti dapat panggilan untuk menduduki exam online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 kan? Kalau tak takdanya nak jumpa blog cikgu ini.
Cikgu tahu anda mesti kelam-kabut nak cari contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 kan? Samalah macam cikgu dulu, setiap kali ada panggilan exam SPA, setiap kali itulah cikgu jadi kelam kabut nak buat persediaan.
Maklumlah kan, semua soalan-soalan yang ditanya dalam exam semuanya dah ingat-ingat lupa. Jadi atas sebab itulah cikgu ingin berkongsikan beberapa contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 yang bakal ditanya dalam exam online SPA nanti.
Cikgu harap dengan perkongsian cikgu ini boleh memberikan gambaran sebenar kepada anda macam mana soalan yang bakal ditanya dalam exam online nanti.
Untuk contoh soalan exam online Pegawai tadbir diplomatik M41, ada tiga seksyen yang akan ditanya kepada anda. Iaitu seksyen pengetahuan am, seksyen daya menyelesaikan masalah dan juga seksyen kefahaman bahasa inggeris.
Cikgu! Susah tak soalan yang akan masuk dalam exam tu?
Berdasarkan pengalaman cikgu dalam mengambil exam online SPA, cikgu boleh dikatakan kesukaran soalan yang ditanya itu hanyalah tahap SPM. Terutamanya soalan yang berkaitan dengan matematik dan bahasa inggeris.
Laa… tahap SPM je ke? Kacang lah cikgu! Boleh lepak dulu lah camtu..
Ya memang kacang pun. Tapi satu perkara anda kena tahu, iaitu soalan-soalan ini direka untuk dijawab dalam masa yang suntuk. Memang berpeluh jugak nak menjawab soalan-soalan tu.
Sampaikan satu tambah dua pun ada calon kira guna kalkulator. Haha.. nak kepastian katanya.
Kepada anda yang dah lama tinggal silibus SPM tu, mesti anda naik serabut jugak lah nak buat ulangkaji balik. Tapi usah risau, sebab cikgu sudah senaraikan beberapa contoh soalan Pegawai tadbir diplomatik M41 kepada anda.
Cikgu harap dengan usaha cikgu yang tak seberapa ini dapat membantu anda dalam persediaan exam nanti.
Cikgu! Dalam seksyen pengetahuan am biasanya dia tanya pasal apa?
Kalau anda nak tahu, skop soalan pengetahuan am ini adalah paling besar di antara seksyen-seksyen yang lain. Boleh dikatakan, jika anda tak tahu, anda bakal kehilangan markah.
Takpa cikgu! Sekarang kan zaman teknologi. Apa susah, google kan ada.
Ya, memanglah anda boleh google je. Google lagi cepat nak dapatkan jawapan kan? Tapi itulah, soalan dalam Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 bukan dicipta untuk di google.
Percayalah cakap cikgu. Kalau anda google setiap soalan, anda tak akan cukup masa. Tak percaya boleh cuba dulu, jangan cakap cikgu tak bagitahu awal-awal okey.
Cikgu masih ingat lagi masa zaman dekat universiti dulu, bila lecturer cakap nak buat test secara buka buku. Semua student rasa takut, termasuklah cikgu sekali rasa takut. Bukan apa, bila test boleh buka buku ini, soalan dia jadi susah.
Samalah dengan exam online ini. Anda boleh buka buku dan boleh google semasa menjawab. Tapi itulah, soalan yang ditanya bukanlah soalan mudah-mudah.
Pernah sekali dulu, ada satu soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 berkaitan dengan piala dunia. Cikgu tak berapa nak ingat soalan dia macam mana, tapi soalannya lebih kurang menanyakan pasal minit keberapakan Ronaldo skor gol untuk pasukan dia ketika melawan pasukan Jerman dalam Piala Dunia 2002 dekat Yokohama.
Agak-agak andalah kan, sempat ke nak google soalan macam ni? Walaupun anda ni jenis ikut perkembangan semasa dunia bola sepak pun belum tentu boleh jawab soalan macam ini. Anda tahu anda boleh jawab, anda tak tahu anda hilang satu markah.
Inilah hakikat pahit yang perlu anda hadap semasa menjawab soalan exam Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini, terutama sekali soalan seksyen pengetahuan am.
Cikgu! Isu semasa ini isu semasa pasal apa cikgu?
Masa negara kita dilanda Corona Virus pada awal tahun 2020 dulu, memang soalan pasal virus ini ada masuk dalam soalan exam online SPA.
Contoh lain pulak ialah semasa negara heboh pasal isu import daging kartel pada akhir tahun 2020, itupun ada soalan berkaitan isu daging kartel yang masuk dalam exam online SPA.
Cara nak mudah skor soalan isu semasa ini, anda kenalah peka dengan isu-isu atau berita hangat yang melanda negara. Cikgu syorkan anda ambil tahu pasal isu semasa yang pernah berlaku tiga bulan sebelum ini.
Di bawah ini merupakan contoh soalan isu semasa pegawai tadbir diplomatik M41.
1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah inisiatif kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Manakah di antara berikut merupakan golongan yang layak menerima BKM?
I. Ibu tunggal mempunyai anak yang berpendapatan kurang dari RM5,000
II. Pasangan warga emas yang berpendapatan kurang dari RM5,000
III. Bujang yang berpendapatan RM3,000 kebawah
IV. Pasangan berkahwin tanpa anak yang berpendapatan kurang dari RM5,000
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV
2. Pada Temasya Olimpik Tokyo 2020, Dato Azizul Hasni Awang telah berjaya membawa pulang pingat perak buat negara kita. Selain Malaysia, terdapat beberapa negara lain bersaing secara sengit pada pusingan akhir, iaitu
I. Great Britain
II. Jerman
II. Australia
IV. Belanda
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV
3. Jadual di atas menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika (USD). Apakah kesan ke atas Malaysia pada tahun 2021 berbanding tahun 2020?
A. Imbangan dagangan Malaysia cenderung positif.
B. Harga eksport Malaysia ke Amerika lebih mahal.
C. Jumlah import dari Amerika akan meningkat.
D. Penawaran Ringgit Malaysia akan meningkat.
Jawapan: 1.A 2.D 3.A
Anda suka politik? Ada orang tak suka ambil tahu pasal hal-hal politik. Tapi, untuk lulus dalam exam SPA anda wajid tahu tentang isu-isu politik dalam negara.
Di bawah ini merupakan contoh soalan hal ehwal politik pegawai tadbir diplomatik M41.
4. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pemah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
5. Yang manakah BUKAN kelayakan untuk menjadi seorang pengundi di Malaysia
A. Warganegara Malaysia
B. Tinggal di luar negara
C. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun
D. Sedang menjalani hukuman penjara 3 tahun
6. Apakah yang akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan parlimen yang diikuti dengan satu pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli baru.
A. Ahli Dewan Negara diberhentikan
B. Ahli Dewan Negeri ditamatkan perkhidmatan
C. Ahli Dewan Negara dinaikkan pangkat
D. Ahli Dewan Negeri dinaikkan pangkat
Jawapan: 4.D 5.D 6.B
Soalan-soalan berkaitan dasar-dasar awam pula lebih kepada fungsi kementerian dalam kerajaan. Kalau tak silap cikgu, terdapat 27 kementerian yang ada dalam kerajaan buat masa sekarang, seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, dan banyak lagi. Itu kenalah anda cari sendiri.
Di bawah ini merupakan contoh soalan dasar-dasar awam pegawai tadbir diplomatik M41.
7. Yang manakah menerangkan dengan tepat tentang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
I. Merancang, menggerak, mengurus, menyelaras, dan mengawal semua jentera pembangunan ekonomi dan sosial negeri
II. Menentukan dan menyelaraskan perlaksanaan dasar tentang aktiviti-aktiviti negeri.
III. Meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi ke tahap berprestasi tinggi, lestari, seimbang dan adil.
IV. Merupakan jentera pentadbiran negeri yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV
8. Manakah antara berikut bukan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia?
A. Perpustakaan Negara Malaysia
B. Malaysia Convention & Exhibition Bureau
C. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
D. Arkib Negara Malaysia
9. Semua yang berikut adalah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kecuali
A. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
B. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dianggotai oleh 4 hingga 8 orang ahli serta 3 orang pegawai ex-officio.
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada Raja atau Yang Di Pertua Negeri.
D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa eksekutif negeri.
Jawapan: 7.D 8.C 9.C
Cikgu! Soalan pengurusan sumber kewangan ini macam mana pulak?
Secara asasnya, anda kena tahu kementerian atau jabatan yang memberi dana atau khidmat nasihat dalam kewangan. Cara nak skor soalan macam ini, anda kena tahu fungsi-fungsi jabatan yang terlibat.
Di bawah ini merupakan contoh soalan pengurusan sumber kewangan pegawai tadbir diplomatik M41.
10. Manakah antara berikut merupakan agensi yang membantu pelabur asing dalam urusan mereka di Malaysia?
I. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
II. Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)
III. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
IV. Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF)
A. I dan II
B. I, II dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
11. Bank yang tidak tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia adalah
A. Bank Simpanan Nasional (BSN)
B. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
C. Malayan Banking
D. Public Bank Berhad
12. Salah satu aspek yang ditekankan oleh inisiatif Pembaharuan Strategik dalam Model Baru Ekonomi adalah
A. Menjadikan rakyat lebih kaya dan berpelajaran
B. Membina infrastruktur bertaraf dunia
C. Menyatupadukan semua rakyat
D. Mengukuhkan sektor awam
Jawapan: 10.C 11.A 12.D
Di bawah ini merupakan contoh soalan pengurusan teknologi maklumat pegawai tadbir diplomatik M41.
13. Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?
I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS
A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV
14. Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan. Tetikus merupakan contoh bagi
A. Unit Storan
B. Peranti Input
C. Peranti Output
D. Unit Pemprosesan
15. Penyataan di atas menunjukkan jenis-jenis keselamatan komputer. Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan komputer?
A. Keselamatan komputer bermaksud sebarang perlindungan terhadap penyalahgunaan komputer dan aktiviti jenayah komputer.
B. Keselamatan komputer bermaksud melindungi sistem komputer dan maklumat terhadap capaian yang tidak sah, kerosakan, kemusnahan dan pengubahsuaian.
C. Keselamatan komputer adalah proses yang menghalang atau menyekat capaian kepada bahan-bahan tertentu di internet.
D. Keselamatan komputer merujuk kepada langkah keselamatan yang digunakan untuk melindungi sistem rangkaian.
Jawapan: 13.C 14.B 15.B
Di bawah ini merupakan contoh soalan dasar keselamatan pegawai tadbir diplomatik M41.
16. Seseorang yang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, akan ditahan di
A. Institusi Penjara, Jabatan Penjara Malaysia.
B. Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia.
C. Tempat Tahanan Perlindungan, Jabatan Penjara Malaysia.
D. Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia.
17. Di antara senarai mahkamah berikut, yang manakah merupakan kategori Mahkamah Atasan?
I. Mahkamah Persekutuan
II. Mahkamah Rayuan
III. Mahkamah Tinggi Malaya
IV. Mahkamah Tinggi Borneo
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Jawapan: 16.B 17.D
Dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, terdapat tiga cabang penilaian yang diuji kepada calon. Tiga penilaian itu ialah kemahiran mentafsir data, kemahiran konsep matematik, dan kemahiran pemerhatian atau logik.
Cikgu! Banyak juga ye cabang soalan seksyen ini
Ya! Memang banyak pun. Soalan kemahiran mentafsir data dan konsep matematik tu cikgu boleh dikatakan tahap SPM jer. Tapi bab kemahiran pemerhatian atau logik itu tak ada dalam SPM tau.
Alah anda, takkanlah nak soalan senang jer kan. Soalan-soalan macam ini sengaja diorang buat nak bagi anda perah otak. Taklah anda datang exam lenggang kangkung jer kan. Tau lah masa SPM dulu skor banyak subjek.. haha..
Cikgu! Data apa yang perlu ditafsir tu cikgu?
Cikgu yakin anda mesti pernah jumpa soalan bermula dengan ‘berdasarkan graf yang diberi’ atau ‘berdasarkan carta taburan hujan yang diberi’.
Selalunya soalan-soalan macam ni kita akan jumpa dalam subjek matematik ataupun subjek geografi kan. Anda ingat lagi tak?
Harap-harap anda masih ingat lagi lah. Maklumlah subjek-subjek seperti ini sudah lama kita tinggalkan. Kalau ingat pun ingat-ingat lupa bak kata orang kan.
Kalau anda nak tahu, soalan berkaitan mentafsir data ini merupakan soalan wajid ada dalam setiap seksyen daya menyelesaikan masalah ini. Nak mudah jom cikgu kongsikan contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 kemahiran mentafsir data ini.
18. Carta di atas menunjukkan jualan 2 jenis motosikal. Berapakah peratus jualan bulan April bagi motosikal jenis R berbanding dengan jumlah jualan kedua-dua jenis motosikal bagi 4 bulan berkenaan.
A. 16.13%
B. 16.67%
C. 17.24%
D. 20.00%
19. Carta palang dalam rajah di atas menunjukkan bilangan pembeli yang mengunjungi restoran Pak Bul pada hari Isnin, Selasa dan Rabu dalam satu minggu tertentu. Beza antara jumlah pembeli lelaki dan perempuan dalam tempoh tiga hari itu ialah
A. 30
B. 60
C. 90
D. 120
20. Jadual di atas menunjukkan data yang diperoleh daripada satu kaji selidik ke atas 80 orang pembaca majalah. Rajah 14 ialah gambar rajah Venn yang mewakili sebahagian maklumat dalam Jadual 2. Cari bilangan pembaca yang membaca majalah sukan atau kesihatan dan juga majalah hiburan.
A. 10
B. 15
C. 17
D. 19
Jawapan: 18.B 19.B 20.D
Macam mana? Okey tak contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 mentafsir data tu? Mudah je kan? Sebab soalan-soalan melibatkan carta atau graf ini selalu kita jumpa masa SPM dulu.
Ada soalan memang mudah. Tapi bila jumpa soalan susah, naik pening jugak nak fikir, macam soalan nombor 3 tu.
Cabang soalan yang seterusnya dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran menggunakan konsep matematik.
Ermm.. soalan konsep matematik ini macam mana pula cikgu?
Bila soalan melibatkan konsep matematik, skop soalan automatik akan menjadi luas. Kalau SPM dulu, antara subtopik yang berada dalam subjek matematik ialah geometri, trigonometri, persamaan garis lurus, bearing, poligon, bentuk piawai, kebarangkalian, algebra, dan banyak lagi.
Itu kenalah anda buka balik nota matematik. Nak jadi pegawai kerajaan tak boleh malas-malas tau.
Jom cikgu tunjukkan contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 daya menyelesaikan masalah konsep matematik ini.
21. Kebarangkalian John dipilih untuk mewakili sekolahnya dalam satu Kuiz Matematik 1/4 manakala kebarangkalian Ahmad dipilih ialah 3/5. Cari kebarangkalian bahawa hanya seorang daripada mereka akan dipilih.
A. 2/20
B. 3/20
C. 11/20
D. 17/20
22. Asmadi mempunyai 2 keping wang kertas RM1, 1 keping wang kertas RM5 dan 3 keping wang kertas RM10. Dia membelanjakan sebahagian wangnya untuk membeli sebuah buku rujukan. Sekarang dia hanya ada 2 keping wang kertas RM10. Cari nisbah bagi nilai wang yang dibelanjakan oleh Asmadi kepada nilai wang yang dia ada pada mulanya.
A. 14 : 39
B. 18 : 37
C. 17 : 37
D. 17 : 35
23. Markah permainan bagi kumpulan Merah, Hijau, Kuning dan Biru masing-masing ialah 653, 746, 931 dan 453. Apabila markah masing-masing dibahagi 7, kumpulan manakah yang mempunyai baki terbanyak?
A. Merah
B. Hijau
C. Kuning
D. Biru
24. Rajah di atas menunjukkan satu segitiga ABC yang terletak pada satu satah mengufuk. Diberi bearing B terletak di timur A. Carikan bearing A dari C
A. 042°
B. 108°
C. 222°
D. 330°
Jawapan: 21.C 22.C 23.D 24.D
Macam mana sekarang? Anda masih okey tak dengan contoh soalan konsep matematik pegawai tadbir diplomatik M41 yang cikgu kongsikan ini? Kelima-lima soalan ini tak cover semua pun subtopik dalam subjek matematik.
Apa yang cikgu tunjuk ini boleh dikatakan hanya 10 peratus je. Selebihnya tu anda kenalah studi sendiri, jangan malas-malas okey.
Cikgu! Kena perhati apa tu cikgu? Logik tu macam mana pulak?
Cabang yang terakhir dalam seksyen daya menyelesaikan masalah ialah kemahiran pemerhatian dan logik. Dalam cabang ini, anda nak jawab soalan ini tak perlu power matematik pun. Hanya perlu tahu asas tolak, bahagi, darab dan bahagi itu jer.
Tapi itulah, ramai calon yang terjerat dalam soalan seperti ini. Anda akan diberikan satu permasalahan dalam bentuk gambar, kemudian anda perlu mengenalpasti yang mana jawapan yang betul atau jawapan yang salah.
Nak mudah, cikgu tunjukkan contoh soalan pegawai tadbir diplomatik M41 daya menyelesaikan masalah menggunakan kemahiran pemerhatian dan kemahiran logik.
25. Sila pilih kenyataa-kenyataan yang boleh dipercayai dari individu-individu berikut.
Peguambela : “Yang dituduh tidak bersalah kerana tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”
Jururawat: “Jika awak makan ubat ini tiga kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”
Profesor: “Keadaan inflasi di Malaysia akan menyebabkan ekonomi berkurangan dalam masa dua tahun lagi berdasarkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”
Penggangur: “Saya sudah mohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”
A. Jururawat
B. Penganggur
C. Peguambela
D. Profesor
26. Diberi 10101212PP232. Apakah PP?
A. 01
B. 02
C. 12
D. 13
27. Berdasarkan rajah di atas, apakah nilai bagi K?
A. 26
B. 25
C. 24
D. 23
Jawapan: –
Anda okey tak tu? Alaa… soalan ni pendek je pun. Tapi itulah, kena guna logik untuk menjawab soalan seperti ini. Kebanyakan calon akan menghabiskan banyak masa untuk menjawab soalan berkaitan dengan logik ini.
Kalau anda nak tahu, contoh soalan logik pegawai tadbir diplomatik M41 ini merupakan soalan paling cikgu tak suka. Sebab kita nak mengejar masa, tapi bila tiba ke soalan logik ini, tiba-tiba rasa tak boleh berfikir. Rasa macam kosong je dalam kepala ni.. haha..
Kalau anda rasa susah sangat nak dapatkan perkaitan dalam soalan, skip je soalan ini dan teruskan dengan menjawab soalan yang seterusnya.
Cikgu! Apa yang ditanya dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini?
Dalam seksyen kefahaman bahasa inggeris ini, calon akan diuji dalam kebolehan menguasai grammar dan kebolehan memahami text karangan.
Sebenarnya, ini bagi cikgu lah kan. Antara soalan seksyen daya menyelesaikan masalah dengan seksyen kefahaman bahasa inggeris, cikgu rasa seksyen kefahaman bahasa inggeris lah yang paling senang nak skor.
Sebab bahasa inggeris ini kita guna dalam aktiviti seharian kita. Macam seksyen daya menyelesaikan masalah tu pula, jarang sangat kita guna dalam kehidupan seharian. Lagipun subjek bahasa inggeris ini merupakan subjek favorite cikgu.. oppss!
Okey cikgu! Apa topik yang ditanya dalam seksyen bahasa inggeris ini? Kitorang dah banyak lupa la cikgu..
Dalam seksyen bahasa inggeris, ada dua cabang soalan yang bakal ditanya. Pertama sekali, berkaitan dengan grammar. Yang kedua pula berkaitan dengan kemahiran memahami text karangan dalam bahasa inggeris.
Untuk grammar, hanya lapan pecahan grammar ini sahaja yang ditanya dalam seksyen ini. Iaitu pronoun, noun, verb, adjective, adverb, determiner, preposistion dan conjunction.
Mak aii.. banyak jugak ye cikgu. Tak perasan pulak dulu kita belajar banyak macam ni dalam grammar.
Ala rilek la.. Mudah je pun. Jom kita bersama-sama cikgu untuk mengulangkaji balik grammar ini.
Let’s go…
28. Nana felt worried about the children, so she asked ______ husband not to return home late everyday.
A. she
B. hers
C. her
D. their
29. I had a horrible nightmare last night. I was walking in the forest when a ______ of wolves started chasing me.
A. school
B. flock
C. pack
D. plague
30. She said she ______ late at the office that evening and that she ______ home till about eleven.
A. is working, got
B. would work, isn’t getting
C. was working, gets
D. would be working, wouldn’t get
31. The plot of the novel was ______ it was completely incomprehensible.
A. more complicated
B. such complicated
C. so complicated that
D. much more complicated than
32. The Mediterranean Sea, which means ‘in the midst of lands’ In Latin, is the world’s ______ inland sea and surrounded by Europe, Asia, and Africa.
A. larger
B. as large
C. largest
D. the larger
33. Despite the advances in technology ______ of the universe is yet to be discovered.
A. much
B. a quantity
C. several
D. more
34. I had a strange dream last night. I was looking at a beautiful lake with an island in the middle. A boat was sailing ______ the island.
A. up
B. over
C. round
D. down
35 Me and my friends did not miss the fried noodle ______ we had our lunch
A. moreover
B. finally
C. although
D. already
Jawapan: 28.C 29.C 30.D 31.C 32.C 33.A 34.C 35.C
Dalam seksyen memahami text bahasa inggeris, terdapat dua pecahan soalan yang ditanyakan kepada calon exam. Pecahan itu ialah kebolehan memahami text pendek dan kebolehan memahami text panjang.
Contoh text pendek seperti di bawah ini. Daripada penyataan yang diberikan, soalan akan bertanya beberapa soalan untuk menguji kebolehan anda untuk memahami text.
Contoh soalan memahami text pendek bahasa inggeris Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:
36. What can be best concluded from the note above?
A. The best way to teach friend is by asking questions.
B. The best way to study is by learning something new.
C. The best way to learn something new is by sharing it.
D. The best way to understand is asking a lot of questions.
37. From the quote above, we can conclude that
A. Unmotivated people always make excuses.
B. Doing something successfully requires a way.
C. Finding an excuse to do something will lead to success.
D. Motivated people always have one way to do something.
Jawapan: 36.C 37.A
Selain daripada penyataan pendek seperti di atas, anda juga akan diuji dalam kebolehan memahami keseluruhan text panjang. Tak seperti text yang pendek tadi, text yang panjang ini memerlukan anda memahami keseluruhan karangan.
Kalau anda sedikit lemah dalam bahasa inggeris, ianya akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara anda memahami text. Apabila anda tersilap faham text, ianya akan mempengaruhi jawapan yang bakal anda pilih nanti.
Contoh soalan memahami text panjang bahasa inggeris Pegawai tadbir diplomatik M41 adalah seperti berikut:
Read and answer.
Do more to boost reading culture.
The internet has stimulated the habit of reading. It has also made possible the existence of electronic books (e-books) which provide an alternative to printed materials. Some publications are available virtually for free and are easily accessible. Although printed materials remain relevant, they still cost too much.
Hence to inculcate the reading habit, I suggest the banks provide financial assistance to the public. Members of the public should then be encouraged to purchase computers with internet access. This will encourage e-reading as reading should not be limited to books.
38. Which of the following statements is true?
A. E-books have replaced printed materials.
B. Printed reading materials are expensive.
C. Banks provide books for the public.
D. Electronic publications are free.
Read and answer.
Good evening and Happy Malaysia Day to all beloved citizens of Malaysia. With God’s grace, we are able to celebrate the 63 rd anniversary of the formation of Malaysia as citizens of independent, democratic, peaceful and harmonious nation.
The tale of Malaysia’s journey is indeed colourful. From a low income agricultural nation, we have now successfully emerged as a moderately high income, modern industrial nation. Although the success attained is monumental and very significant, it is not a reason for us to cease our effort to become comfortable.
Prime Minister of Malaysia.
39. The Prime Minister is asking Malaysia to
A. remember the nation’s history.
B. preserve the country’s independence.
C. be satisfied with the nation’s success.
D. take responsibility for the country’s future.
Jawapan: 38.B 39.D
Kalau contoh soalan yang cikgu kongsikan tu cikgu tak bagi jawapan sekali, agak-agak anda lah kan, berapa jawapan yang betul mungkin anda dapat?
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor anda dapat A okey. Itu cukup membuktikan anda dah betul-betul bersedia ataupun tak.
Menggunakan skala di bawah ini sebagai tanda aras, jom uji persediaan anda dengan kuiz mudah ini. Sila pastikan anda jawab betul 10/10 soalan okey!
Cikgu! Macam mana cikgu boleh lulus exam SPA ini dulu? Share lah sikit tips cikgu.
Satu perkara ini je cikgu buat, iaitu buat latih tubi. Contoh fokus pada soalan Pegawai tadbir diplomatik M41 yang masuk jer. Maksud cikgu ialah, dalam seksyen daya menyelesaikan masalah contohnya, bukan semua topik matematik yang masuk. Hanya sesetengah subtopik jer yang masuk dalam exam ini.
Jadi, fokus pada subtopik yang masuk tu sahaja. Kalau nak studi semua topik matematik tu dah macam nak ambil SPM balik. Kena buat persediaan dua tahun la jawab dia.. haha..
Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna.
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan jawatan Pegawai tadbir diplomatik M41 sahaja.
Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.
Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?
Tak boleh lulus pun kalau anda beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau anda fikir boleh lulus exam ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam Pegawai tadbir diplomatik M41 tu nanti. Buang masa anda jer nak free kan masa semata-mata nak ambil exam online.
Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam Pegawai tadbir diplomatik M41 tu nanti lebih daripada 10 ribu orang. Anda kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak anda lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan Pegawai tadbir diplomatik M41 dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…
psss… kalau anda dah kira-kira tapi tak dapat jawapan, boleh komen dekat bawah ni. Nanti cikgu kongsikan jalan kira step by step.
1 thought on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41”
Salam,
Boleh saya berhubung dengan tuan untuk saya minta nasihat ?