Tips Konsisten.

Kenapa konsisten ini penting? Inilah yang digunakan oleh pihak SPA untuk menapis calon yang betul-betul jujur dengan calon yang berpura-pura ketika menjawab ujian psikometrik.

Kekurangan ujian secara online ini ialah calon boleh menipu ketika menjawab soalan. Kalau soalan berkaitan dengan sikap tanggungjawab ditanya, mereka bebas untuk berlaku jujur ataupun tidak berlaku jujur ketika memberikan jawapan.

Soalan: Saya seorang yang bertanggungjawab.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Saya percaya, mesti ramai calon akan memilih untuk setuju dengan pernyataan ini. Jika ditanyakan kepada 10,000 calon, saya yakin 100% akan bersetuju dengan pernyataan ini. Walaupun mereka tak ada sikap tanggungjawab dalam diri, mereka akan tetap akan memilih setuju supaya dapat lulus ujian ini nanti.

Jadi, macam mana pihak SPA nak tapis calon-calon yang tak jujur ini?

Pihak SPA dah tahu pasal perkara ini. Disebabkan itulah ujian psikometrik dijadikan sebagai tapisan utama untuk mencari calon penjawat awam.

Ada soalan bersifat straight forward, ada soalan bersifat tricky. Soalan yang bersifat tricky inilah yang berjaya mengkantoikan ramai calon yang tak jujur ini. Soalan tricky digubah supaya tak nampak macam bertanyakan pasal sikap tanggungjawab, tapi soalan itu sebenarnya berkaitan dengan sikap tanggungjawab.

Contoh macam soalan di bawah ini.

Soalan 1: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 2: Jika saya diarah melakukan sesuatu tanpa panduan terperinci, saya akan usahakan juga sehingga berjaya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 3: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

:
:
:

Cuba anda jawab dulu ketiga-tiga soalan ini. Nanti saya akan kongsikan bagaimana ketiga-tiga soalan ini boleh dikaitkan dengan sikap bertanggungjawab.

Okey…

Sebelum saya teruskan kepada huraian jawapan, saya nak terangkan dahulu sedikit apa itu sikap tanggungjawab. Kalau anda nak tahu, sikap tanggungjawab merupakan salah satu daripada skop integriti.

Jadi, disebabkan itulah sikap bertanggungjawab ini menjadi penilaian utama dalam ujian psikometrik. Kalau anda tak ada sikap bertanggungjawab dalam diri, peluang untuk lulus memang tipis. Kena berhati-hati.

Huraian Jawapan.

Nak menjawab tiga soalan ini, anda perlu tahu dulu apakah ciri-ciri seseorang individu itu mempunyai sikap bertanggungjawab dalam diri dia?

Antaranya ialah:

  • Seorang yang berani mengaku kesilapan diri.
  • Seorang yang suka mencari penyelesaian setiap masalah.
  • Seorang yang tidak suka menangguhkan tugasan.

Setuju tak dengan ciri-ciri yang saya senaraikan di atas ni?

Soalan 1: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Jika anda setuju dengan pernyataan ini, jelas menunjukkan anda seorang yang mempunyai sikap keterbukaan. Dengan adanya sikap ini, anda akan berani untuk mengaku kesalahan yang dilakukan dan bersedia untuk menerima hukuman di atas kesilapan diri.

Soalan 2: Jika saya diarah melakukan sesuatu tanpa panduan terperinci, saya akan usahakan juga sehingga berjaya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Walaupun tanpa panduan yang terperinci, itu bukanlah alasan untuk seseorang itu tidak melakukan tugasan yang diberikan kepadanya.

Jika anda setuju dengan pernyataan ini, itu jelas menunjukkan anda seorang individu yang suka mencari penyelesaian untuk setiap masalah yang anda hadapi.

Masih Tak Tahu Cara Pilih Jawapan Konsisten?

Dalam ebook ini saya kongsikan trick paling mudah nak memilih jawapan konsisten. Terdapat lima kategori utama perlu anda tahu dalam memastikan jawapan itu jadi konsisten. Download selagi ebook ini percuma.

Soalan 3: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Pernyataan ini sebenarnya agak bersifat kritikal. Ianya disebabkan terdapat dua sikap positif yang cuba dicungkil melalui pernyataan ini.

  • Sikap 1: Menepati masa.
  • Sikap 2: Semangat kerjasama.

Seorang individu yang mempunyai sikap bertanggungjawab dalam dirinya akan cenderung untuk memilih sikap menepati masa. Dengan menunggu rakan semua rakan juga dapat menunjukkan individu itu suka menangguhkan pekerjaan.

Untuk soalan 3 ini, anda lebih cenderung ke arah sikap yang mana? Sikap menepati masa ataupun sikap kerjasama?

Jawapan Sepatutnya.

Bagi membuktikan anda seorang individu yang mempunyai sikap bertanggungjawab dalam diri, inilah jawapan sepatutnya anda berikan:

Soalan 1: Setuju
Soalan 2: Setuju
Soalan 3: Tidak setuju

Dengan jawapan ini, ianya dapat mencerminkan konsisten anda dalam pemilihan jawapan. Jadi, peluang untuk lulus ujian psikometrik ini nanti lebih cerah kerana jawapan yang anda berikan itu selari dengan perwatakan individu yang bertanggungjawab.

Lagi Contoh Soalan.

Soalan 1, 2 dan soalan 3 itu boleh dikategorikan sebagai mudah kerana terdapat soalan straight forward. Tapi berlainan pula dengan soalan 4, 5, 6 dan 7 dekat bawah ini. Sebab kedua-dua soalan ini bersifat tricky.

Soalan 4: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 5: Jika turut serta dalam pertandingan badminton, saya lebih suka untuk bersuka-suka daripada menang.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 6: Konsep “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” penting dalam kehidupan.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 7: Saya sangat suka menjawab soalan berbentuk objektif berbanding soalan subjektif.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Ini merupakan soalan yang pernah masuk pada ujian psikometrik bulan lepas. Ramai calon terkeliru dengan soalan ni.

Apa sikap yang cuba dicungkil melalui empat soalan ini? Sikap ini amat penting sekiranya anda ingin menjadi kakitangan kerajaan. Tanpa sikap ini, banyak masalah yang bakal timbul dan pihak SPA sebolehnya nak singkirkan calon yang tak memiliki sikap ini.

Anda nak tahu sikap apa? Sila klik butang di bawah ini untuk baca huraian jawapan penuh.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392