Buku Ujian SPiER 2024 Sebagai Jaminan Lulus Ujian KDN

oleh Cikgu Khairul

Buku Ujian SPiER 2024 – Saya pasti anda mesti mendapat panggilan untuk menduduki ujian spier bukan? Bagaimana dengan persediaan anda?

Anda perlu buat persediaan sebaik mungkin kerana ujian spier ini sudah ramai calon digagalkan pada ujian sebelum ini.

Apa Buku Ujian SPiER?

Antara buku yang saya syorkan untuk dijadikan sebagai persediaan ialah buku rujukan terbitan Tim Cikgu Kerjaya. Dalam buku disertakan 200 contoh soalan mengikut format terkini ujian spier. 

Apa yang paling best, setiap soalan disertakan sekali dengan huraian jawapan. Ini penting dalam memastikan anda tahu apa sikap yang cuba dinilai disebalik setiap soalan yang ditanya.

buku ujian spier

Sila klik butang di bawah untuk download

Kandungan Buku Ujian SPiER

Dalam buku ujian spier ini terdapat beberapa sub-topik. Antara dua sub-topik yang utama dalam buku ini ialah koleksi 200 soalan dan huraian jawapan pada setiap soalan.

Ada 200 Soalan

Tiga soalan di bawah ini merupakan sebahagian daripada soalan-soalan yang terdapat dalam buku ini. Sila pastikan anda merujuk huraian jawapan bagi memastikan anda jelas apakah yang cuba diuji dalam setiap soalan.

Soalan 1: Saya berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubungkait dengan manusia.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 2: Dalam menyertai sesuatu kumpulan baru, saya biasanya dapat menyesuaikan diri dengan peraturan serta-merta.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Soalan 3: Saya sangat berhati-hati apabila memilih seseorang yang saya boleh mendedahkan apa saja dalam perbualan.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Untuk pengetahuan anda, setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan sebenar anda. Jadi satu keperluan kepada anda untuk tahu sikap apa yang sebenarnya hendak dicungkil dalam setiap soalan. 

Jika tidak, anda bakal terjerat dalam soalan perangkap dalam ujian spier ini.

Disertakan Huraian Jawapan

Jadi bagaimana nak memastikan diri tak terjerat dengan soalan perangkap ini? Anda jangan risau. Dalam buku ujian spier ini disertakan sekali dengan huraian jawapan. Contohnya soalan di bawah ini.

Soalan 4: Saya tetap akan berpuas hati jika kerja yang dilakukan tidak sempurna.

  • Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
  • Jarang Mencerminkan Diri Saya
  • Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
  • Sentiasa Mencerminkan Diri Saya

Huraian: Menyudahkan kerja dengan sempurna adalah nilaian yang positif. Jika kerja tersebut diketahui tidak sempurna, kita tidak boleh berpuas hati dan harus berfikir bagaimana untuk menjadikan ianya sempurna.

Sila klik butang di bawah untuk download

Snapshot Kandungan Ebook

Sila klik butang di bawah untuk download

Sila klik butang di bawah untuk dapatkan ebook ujian spier ini sekarang.

Akhir kata, saya harap dengan buku ujian spier ini dapat membantu anda lulus pada ujian nanti. Saya mendoakan anda, aamiinn..