Ramai juga yang keliru apa itu ujian psikometrik yang sebenar. Ramai berfikir ujian psikometrik hanyalah ujian nak memilih nilai positif dan negatif dalam soalan semata-mata.
Jika anda pun berfikir seperti itu, itu merupakan kesilapan pertama anda. Disebabkan salah faham inilah yang menyebab ramai calon ujian psikometrik gagal dalam ujian ini.
Apa Tujuan Ujian Psikometrik?
Sebelum saya terangkan apa itu ujian psikometrik, saya ingin kongsikan dulu tujuan ujian psikometrik ini dijalankan. Tujuan utama ujian ini dijalankan ialah ingin mencari perwatakan calon yang betul-betul sepadan dengan kriteria jawatan.
Bukan Sekadar Positif Negatif
Ianya bukanlah mencari calon yang boleh menilai positif dan negatif sahaja. Jom saya tunjukkan bagaimana seorang calon itu dipilih oleh pihak SPA.
Untuk contoh ini, saya akan menggunakan jawatan pegawai syariah sebagai contoh untuk memudahkan kefahaman anda. Sikap yang perlu ada pada seorang pegawai syariah ialah seorang yang adil.
Adil di sini bermaksud kebolehan membuat penilaian sesuatu kes berdasarkan kepada bukti dan saksi tanpa dipengaruhi oleh sikap simpati.
Jadi, adakah seorang pegawai syariah tidak boleh memiliki sikap simpati? Bukankah sikap simpati ini merupakan sikap positif juga kan? Bukan macam tu.
Mempunyai sikap simpati itu merupakan sikap manusia yang normal. Tapi untuk jawatan pegawai syariah, pihak SPA lebih mengutamakan calon yang mempunyai sikap adil berbanding dengan sikap simpati.
Contoh soalan untuk mencungkil sikap simpati dalam diri calon seperti di bawah ini.
Soalan 1: Saya akan mengalirkan air mata apabila menonton babak sedih di panggung wayang.
Apa Itu Ujian Psikometrik Yang Sebenar?
Berdasarkan kepada huraian tujuan ujian psikometrik, jelas menunjukkan ujian ini dijalankan untuk mencari calon yang betul-betul layak.
Layak di sini bukanlah bermaksud mempunyai ciri-ciri positif sahaja, tapi lebih kepada ciri-ciri yang diperlukan dalam jawatan bagi memastikan calon itu dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Untuk lulus ujian psikometrik bukanlah bermaksud anda perlu bersikap positif dalam semua aspek. Hanya aspek-aspek tertentu sahaja yang dinilai dalam ujian ini berpandukan kepada keperluan jawatan.
Satu Lulus, Satu Gagal
Ada kes sebelum ini, seorang calon ini mengambil ujian psikometrik untuk dua jawatan berbeza. Satu jawatan dia gagal dan satu jawatan lagi dia lulus, walaupun jawapan yang dia jawab dalam ujian itu adalah sama.
Saya harap dengan perkongsian apa itu ujian psikometrik boleh membantu anda dalam ujian akan datang. Sekiranya anda mahu tahu bagaimana standard ujian psikometrik pada tahun ini, sila klik butang di bawah untuk baca.