Akses Huraian Jawapan.

Kunci utama nak lulus ujian psikometrik ini ialah jawapan yang konsisten. Konsisten ini adalah tahap kecenderungan personaliti. Semakin konsisten jawapan seseorang, semakin tinggi kecenderungan personaliti yang terhasil.

Sebenarnya, setiap orang memang mempunyai kecenderungan mereka masing-masing. Tapi sayang, mereka tak tonjolkan kecenderungan personaliti mereka dalam ujian psikometrik.

Ada segelintir calon cuba memalsukan personaliti mereka. Cuba mengubah personaliti. Cuba mewujudkan personaliti yang tak wujud dalam diri mereka.

Akibatnya, setiap jawapan mereka saling bercanggah antara satu sama lain. Apabila jawapan bercanggah, secara automatik jawapan tidak akan menghasilkan kecenderungan personaliti.

Sedangkan ujian psikometrik dinilai melalui kecenderungan personaliti.

Untuk 28 soalan ini, saya telah setkan soalan untuk mengkategorikan anda kepada dua golongan. Adakah tindakan anda mencerminkan personaliti individu yang fleksibel ataupun sebaliknya.

Jawapan Konsisten

Di bawah ini merupakan profil yang terbentuk daripada jawapan yang konsisten. Akan wujud satu dominan yang besar dalam profil personaliti mereka.

Sekiranya anda dapat keputusan KONSISTEN, tahniah saya ucapkan kerana jawapan anda telah pun mewujudkan kecenderungan personaliti. Peluang untuk lulus itu lebih tinggi.

Personaliti dominan inilah akan menentukan kesesuaian seseorang itu dengan jawatan yang dia mohon.

Jawapan Tak Konsisten

Di bawah ini pula profil personaliti terbentuk daripada jawapan individu yang tak konsisten. Tak wujud kecenderungan dalam profil mereka. Tak boleh tentukan ke arah mana personaliti dan minat mereka yang sebenar.

Dalam Personaliti A pun tidak, dalam Personaliti B pun tidak. Apa yang pasti, jawapan yang tak konsisten seperti ini pastinya akan dikalahkan dengan individu yang jawab secara konsisten.

Bagi anda yang dapat keputusan TAK KONSISTEN, saya nasihatkan anda fahami dahulu apa objektif ujian psikometrik ini dijalankan. 

Selagi anda tak faham, selagi itulah anda akan ulang, ulang, kemudian ulang lagi kesilapan yang sama. Peluang untuk lulus sedikit tertutup.

Konsisten vs Tak Konsisten

Carta bar di bawah ini merupakan statistik calon yang pernah menjawab kuiz ini. Daripada 392 calon yang jawab kuiz ini, hanya 38 calon sahaja yang berjaya mendapat jawapan konsisten.

Nampak tak kat situ bagaimana jawapan tak konsisten ini berjaya menghancurkan impian ramai calon untuk lulus dalam ujian ini.

Apa Yang Cuba Dicungkil?

Kesemua 28 soalan kuiz ini dibuat menggunakan teori personaliti. Setiap individu pasti akan ada kecenderungan personaliti mereka sendiri. Persoalannya sekarang, anda dalam kategori yang mana?

Sila klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap. Saya kongsikan kepada anda personaliti apakah yang cuba dicungkil disebalik 28 soalan kuiz ini.

Dan bagaimana nak memilih jawapan yang super konsisten. Tak ada lah anda ulang kesilapan yang sama lagi nanti.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak jawab kuiz seperti ini lagi?
Jom jawab di ➥ SINI.