Sanggupkah anda ditempatkan di kawasan pedalaman? Kalau soalan ini ditanyakan kepada anda, apakah jawapan yang anda nak jawab?
Sebenarnya, ramai calon temuduga tidak berlaku jujur apabila ditanyakan soalan seperti ini. Bagi mereka, kalau memberikan jawapan tidak sanggup, itu akan menyebabkan mereka gagal dalam temuduga. Betul ke macam tu?
Jawapan ringkas ialah YA. Satu perkara yang anda perlu tahu, setiap soalan yang ditanya oleh panel temuduga ada sebab-sebab tertentu.
Jika soalan ini ditanya dalam sesi temuduga, itu bermaksud jawatan yang anda mohon sekarang ini mempunyai keperluan untuk bertugas di kawasan pendalaman.
Saya bagi contoh jawatan penolong pemelihara hutan. Skop kerja jawatan ini memerlukan penjawatnya menjalankan aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan di lapangan.
Sudah pasti kawasan hutan berada di pendalaman kan? Itu bermaksud, menjadi keperluan kepada penjawat jawatan ini berada di pendalaman ketika menjalankan tugas. Anda perlu jelas dengan skop jawatan yang anda mohon sekarang ini.
Ada calon sebelum ini, apabila panel temuduga bertanyakan kepada tentang kesanggupan bertugas di kawasan pendalaman ini, dengan yakinnya dia mengatakan kesanggupan. Apabila dilantik dan diminta untuk bertugas di kawasan pendalam Sabah, terus jadi tidak sanggup.
Bermacam-macam alasan tak masuk akal diberikan. Contohnya mak tak bagi pergi. Dengar macam lawak kan? Tapi itulah hakikat gelagat sebenar calon-calon temuduga ini. Jika anda tidak sanggup untuk bertugas di kawasan pendalaman, berikan jawapan dengan sejujurnya ketika sesi temuduga. Beri peluang kepada calon lain, kerana terdapat ramai lagi calon yang sanggup.
Jika anda sanggup pula macam mana? Apakah jawapan yang paling sesuai diberikan kepada panel temuduga?
Skrip jawapan:
Saya sanggup untuk bertugas di kawasan pendalaman dan sanggup berjauhan dengan keluarga. Bagi saya, apalah sangat pengorbanan saya ini jika hendak dibandingkan dengan masa depan negara. Saya harap dengan mengorbanan saya ini dapat membangunkan negara pada masa hadapan.
Anda rasa okey tak dengan jawapan ini? Nampak macam okey kan? Nampak ada perasaan cinta akan negara kan dalam jawapan tu? Tapi percayalah, anda bakal gagal temuduga kali ini kalau anda menggunakan skrip jawapan klise seperti ini.
Anda tahu tak kenapa?
Sebab utama skrip jawapan ini menjadi klise adalah tiadanya pembuktian dalam jawapan. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka suka. Tapi tak semua orang mampu buktikan apa yang mereka katakan itu benar.
Satu perkara perlu tahu, panel temuduga ni dah banyak pengalaman berdepan dengan situasi calon berlaku tidak jujur ini. Panel temuduga tidak akan semudah-mudahnya percaya jawapan anda tanpa ada bukti-bukti yang menyokong.
Di bawah ini merupakan elemen yang perlu anda masukkan dalam skrip jawapan anda ketika menjawab soalan ini.
1. Nyatakan kesanggupan anda.
2. Berikan bukti untuk menyokong kesanggupan anda itu.
3. Nyatakan perancangan anda.
Ini merupakan cadangan skrip jawapan untuk soalan ini. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian jawatan dan diri anda.
Skrip jawapan:
Saya sanggup untuk bertugas di kawasan pendalaman sekiranya diberikan peluang untuk menjawat jawatan ini. Sebelum ini saya pernah menuntut di Universiti Malaysia Sarawak. Tiada masalah bagi saya untuk bertugas di pendalaman. Ianya disebabkan saya selalu terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan perkampungan semasa belajar dahulu.
Sebenarnya skrip jawapan ini dah cukup kuat untuk membukti kesanggupan anda. Anda boleh nyatakan perancangan anda bagi menguatkan lagi hujah anda itu. Perancangan ini sebagai menunjukkan anda gembira dengan tugasan anda itu.
Skrip jawapan:
Saya merancang setelah beberapa bulan bertugas di kawasan pendalaman ini, saya akan membawa anak/isteri (ikut kesesuaian status anda) untuk tinggal bersama.
Saya syorkan anda untuk download rujukan temuduga ini. Terdapat lebih banyak soalan temuduga popular ditanya dihimpunkan dalam buku ini. Yang lagi best, setiap soalan disertakan dengan cadangan skrip jawapan.
Jadi, anda akan lebih bersedia nak jawab soalan yang ditanya oleh panel temuduga kepada anda. Sila klik butang di bawah ini untuk dapatkan maklumat lanjut.
Saya harap dengan perkongsian cara menjawab soalan ‘sanggupkah anda ditempatkan di kawasan pedalaman’ ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam persediaan temuduga anda.
Pss.. Sekiranya ada apa-apa persoalan, sila tinggalkan pertanyaan anda di bahagian komen di bawah.