Ada yang bertanya kepada saya, boleh ke kalau dia jawab YA untuk semua soalan berkaitan dengan pekerjaan tu? Dan boleh tak kalau jawab TIDAK untuk semua pekerjaan?
Jadi, untuk jawab soalan itu, saya kategorikan jawapan kepada jawapan YA dan jawapan TIDAK.
Semua jawapan YA.
Jika anda memilih jawapan YA untuk kesemua pekerjaan, itu menunjukkan anda mempunyai perwatakan dalam diri anda. Setiap pekerjaan mempunyai perwatakan yang berbeza-beza dengan pekerjaan yang lain.
Soalan 1: Saya berminat untuk menjadi ahli kaji selidik sains.
A. Ya
B. Tidak
Contohnya, berminat untuk menjadi ahli kaji selidik sains mempunyai kecenderungan sikap introvert, lebih mementingkan fakta dan setiap keputusan mereka tidak dipengaruhi oleh emosi.
Soalan 2: Saya berminat untuk menjadi pakar jenayah kanak-kanak.
A. Ya
B. Tidak
Manakala minat untuk menjadi pakar jenayah kanak kanak pula membuktikan seseorang individu itu mempunyai kecenderungan kepada sikap extrovert, suka memimpin dan menyelia orang lain.
Soalan 3: Saya berminat untuk menjadi pegawai eksekutif .
A. Ya
B. Tidak
Berbeza pula jika seseorang individu itu berminat menjadi pegawai eksekutif. Minat itu membuktikan individu ini mempunyai kecenderungan yang berfokuskan kepada maklumat abstrak, keputusan diambil berdasarkan kepada logik, dan setiap tindakan mereka mempunyai perancangan.
Jadi apa kesannya memilih semua jawapan YA untuk semua pekerjaan tu?
Jadi, pihak SPA akan nampak berlakunya unsur penipuan dalam pemilihan jawapan tu. Sikap introvert dan extrovert pun anda ada. Sikap seorang ketua dan pengikut pun anda ada. Sikap dominan otak kanan dan otak kiri pun anda ada.
Dalam psikologi, kecenderungan seseorang itu hanyalah kepada perkara tertentu sahaja. Jika mereka ini extrovert, mereka akan lebih cenderung kepada pekerjaan yang bersifat extrovert. Jika mereka introvert pula, mereka lebih cenderung dengan pekerjaan bersifat introvert.
Dan tidak wujud manusia yang cenderung kepada semua perkara seperti ini. Melainkan calon itu menipu ketika menjawab ujian. Dan inilah apa yang pihak SPA nampak apabila anda menunjukkan minat kepada semua jenis pekerjaan, iaitu tiadanya kejujuran dalam diri anda.
Semua jawapan TIDAK.
Jika anda tidak menunjukkan minat kepada semua pekerjaan, pihak SPA tidak mempunyai data yang cukup untuk mengetahui perwatakan sebenar anda. Setiap pekerjaan itu mempunyai perwatakan mereka sendiri dan berbeza-beza dengan pekerjaan yang lain.
[bersambung di bawah…]
Jawapan Positif Pun Masih Gagal?
Dah jawab positif macam malaikat pun masih lagi gagal. Apa sebenarnya pihak SPA mahu ni? Ujian ni hanya sekadar syarat je ke? Lulus tu bergantung kepada nasib je ke? Sila download buku percuma ini jika anda mahu tahu puncanya.
[..sambungan]
Saya boleh umpamakan, bagi calon yang menjawab semua TIDAK itu seperti anda ingin melanjutkan pelajaran anda. Pihak kolej akan menggunakan sijil SPM anda sebagai data adakah anda ini layak untuk mengambil sesuatu jurusan.
Jika anda berminat nak ambil jurusan kejuruteraan tapi skor matematik anda rendah, sudah pasti anda tidak sesuai dengan jurusan itu kan. Dan jika skor matematik anda tinggi, itu bermaksud anda sesuai dengan jurusan kejuruteraan itu. Itulah fungsinya data.
Jika dalam sijil SPM anda semua tak ada gred, semua kosong. Itu menjadi kesukaran bagi pihak kolej nak tahu adakah jurusan yang mereka tawarkan itu sesuai dengan diri anda ataupun tidak. Sebab tiada data yang dapat mengesahkannya.
Situasi yang sama kepada anda yang jawab TIDAK untuk kesemua soalan pekerjaan itu. Pihak SPA tak mempunyai data yang cukup dalam menentukan adakah anda ini sesuai dengan jawatan itu ataupun tidak. Jadi, pihak SPA akan abaikan anda kerana terdapat ramai lagi calon yang memberikan data yang cukup tentang diri mereka.
Suka Dengan Huraian Jawapan Seperti Ini?
Saya kongsikan 200 soalan dan huraian jawapan psikometrik dalam ebook ini. Sila klik butang di bawah untuk membaca.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392