Soalan 1: Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Saya pasti mesti ramai akan memilih jawapan SANGAT KERAP. Sebab hanya jawapan itu yang mencerminkan sikap positif. Tapi persoalannya, betul ke itu sikap positif?
Jika anda menyokong pernyataan ini, itu membuktikan anda seorang yang tak mudah berputus asa. Bukankah itu menunjukkan anda seorang yang suka membuat pekerjaan yang sia-sia? Dah tahu tugasan itu tak mendatangkan hasil, kenapa nak teruskan tugasan tu? Setuju tak?
Kalau anda membangkang pernyataan ini pula, itu membuktikan anda seorang berfikiran jauh. Dah tahu tugasan itu tak mendatangkan hasil, lebih baik buat tugasan lain kan? Tak lah membuang masa kan? Setuju tak?
Jadi, jawapan mana yang paling positif? Sedangkan kedua-duanya pun positif dan ada yang negatif? Keliru kan soalan ni?
[bersambung di bawah…]
Inginkan Lebih Banyak Soalan?
Saya kongsikan sembilan kuiz psikometrik sebagai persediaan ujian anda nanti. Sila klik butang di bawah untuk jawab kuiz.
[…sambungan]
Soalan 1 tadi tak terhenti dekat situ saja, soalan 2 digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 1. Adakah pendirian anda pada soalan 1 selari dengan pendirian pada soalan 2.
Soalan 2: Saya tidak menghadapi masalah menghadiri majlis perbincangan saintifik.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Trick soalan ini terletak pada perkaraan ‘majlis perbincangan saintifik’ itu. Jika anda tak pernah menghadiri diri dalam majlis ini, mesti anda tak tahu apakah sebenarnya yang dibincangkan dalam majlis ini. Jawapan anda nanti ada kaitan sejauh mana pemahaman anda terhadap majlis ini.
Soalan 3: Apabila merancang sesuatu, saya akan sediakan beberapa alternatif.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 4: Saya tidak perlu mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Kalau anda nak tahu, soalan 1, 2, 3 dan 4 ini berada di dalam kategori yang sama. Sila pastikan jawapan anda itu tidak bercanggah satu sama lain. Jika berlakunya percanggahan jawapan, itu akan memberikan signal kepada pihak SPA wujudnya unsur penipuan ketika seseorang calon itu menjawab ujian.
Jadi, jawapan apa yang paling positif dan konsisten untuk keempat-empat soalan ini? Sila klik butang di bawah ini untuk membaca huraian jawapan lengkap.
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392